Sunday, August 22, 2010

Program Masakan Bubur Lambuk Ramadhan

21 Ogos 2010, Paroi : Program Masakan Bubur Lambuk Ramadhan 1431 Hijrah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan keseluruhan penduduk Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ini telah bermula seawal jam 9.00 pagi dengan diketuai oleh Tukang Masak nombor satu KRT PRSP Paroi iaitu Pn Samsiah yang lebih mesra dengan panggilan Mak Long.
.
Sdr Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi menyatakan bahawa program ini merupakan satu program tahunan di mana sejak tahun 2006, KRT tidak pernah gagal melaksanakan program ini setiap kali tibanya bulan Ramadhan Al-Mubarak. "Dengan cara ini, kita dapat bersedekah kepada kesemua penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, di mana semua dapat merasa bubur lambuk yang disiapkan secara bergotong royong".
.
Pada tahun ini, KRT telah berjaya menyiapkan sebanyak 3 periuk bubur lambuk di mana lebih 300 keluarga telah hadir menerima bubur lambuk yang telah disiapkan ini.
.
Turut sama memeriahkan program ini ialah dengan ketibaan YBhg Tuan Mohd Fadzli bin Ibrahim, Pegawai Perpaduan Daerah Seremban. Beliau turut memuji program yang dilaksanakan oleh KRT ini dan mengharapkan agar ia dapat diteruskan hingga ke masa akan datang.
.
Kesemua penduduk PRSP Paroi mula mendapatkan bubur lambuk yang telah siap ini mulai jam 3.00 petang dengan penyerahan telah dilakukan oleh Pengerusi KRT sendiri iaitu Sdr Syamsul kepada kesemua penduduk yang telah membawa kupon bubur lambuk yang telah pun diedarkan oleh Jawatankuasa KRT sejak dua hari sebelum berlangsungnya program ini.
.
Tahniah dan syabas di atas kejayaan program ini dan semoga KRT PRSP Paroi ini akan bergerak dengan lebih aktif lagi demi menjayakan program serta menaikkan lagi nama KRT di sini.
. En Meon bersama Jawatankuasa yang lain mengacau bubur lambuk yang telah siap dimasak Periuk pertama
Periuk keduaPeriuk yang ketiga

Kelihatan bubur lambuk mula dicedok
Bubur lambuk mula dimasukkan ke dalam bungkusan Kelihatan Pn Nazura dan Pn Juriah berehat seketika sebaik selesai masaknya bubur lambuk Mula menyusun bungkusan

Nazura meneruskan sesi membungkus
Kesemua Jawatankuasa bertungkus lumus membungkus bubur lambuk
Juriah membungkus sambil melunjur
Ada yang dibungkus di dalam plastik
Ada juga yang dibungkus di dalam bekas khas yang disediakan
Pn Rahmah (Kak Ngah) mula menyusun atur bungkusan bubur di meja yang disediakanBubur-bubur yang telah ssiap sedia untuk diagihkan
Proses pembungkusan masih diteruskan


Kelihatan bubur-bubur yang telah siap dibungkus dan diikat
Sdr Syamsul mula menyerahkan bubur lambuk kepada wakil-wakil keluarga Di antara anak-anak yang telah menerima bubur lambuk
Wajah ceria ketika menerima bubur lambuk
Ceria betul wajah adik ni.
Sdr Syamsul menyerahkan bubur lambuk sambil menerima kupon daripada penduduk
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

1 comment:

i-Neighbour.com said...

Salam sejahtera! Saya telah melayari ke blog KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan berasa sungguh bangga kerana jiran tetangga tempatan mempunyai blog untuk mencatat aktiviti-aktiviti mereka.
Di sini, saya ingin memperkenalkan satu alat yang lebih senang diguna ianya - Online visi Jiran Tetangga kepada penduduk-penduduk dari KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi :)

www.i-Neighbour.com

Ianya satu jiran tetangga yang lebih kurang sama dengan Facebook. Anda boleh gunakan alat-alat yang dibekal untuk menjalankan urusan-urusan KRT anda dengan senang dan lekas.

Sila memperkenalkannya kepada jiran-jiran anda kerana ia memang dapat membantu KRT anda berkembang dengan lebih menyeluruh :)

Selamat berpuasa~!!