Wednesday, February 26, 2014

Jamuan Keraian AJK KRT PRSP Paroi 2012/2013

23 Februari 2014, Seremban : Satu Majlis Jamuan Meraikan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang telah berkhidmat buat tahun 2012/2013 telah diadakan bertempat di Restoran Thara Seafood, Paroi. Majlis keraian ini diadakan secara sederhana dan ringkas.

Di samping jamuan yang diadakan majlis ini juga dijadikan ruang untuk sekelian AJK duduk sambil berbincang tentang perancangan serta aktiviti persatuan di masa akan datang dalam suasana yang tidak formal.

Turut hadir ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi.

Dengan ini dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan ketika majlis tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Sepak Takraw PRSP Paroi 2014

22 Februari 2014, Seremban : Satu Pertandingan Sepak Takraw telah diadakan terbuka buat semua penduduk Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Pertandingan ini melibatkan 12 pasukan yang bertanding di dalam 2 kategori iaitu kategori 12 tahun ke bawah dan kategori 13 tahun ke atas (terbuka).

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PRSP Paroi ini menyaksikan kategori 12 tahun ke bawah diungguli oleh pasukan I.O manakala kategori terbuka dimenangi oleh pasukan Ninja Warriors.

Pertandingan ini telah berlangsung dengan meriahnya sejak dari awal pagi serta mendapat sambutan yang menggalakkan. Menurut Sdr Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi, "Kita akan teruskan aktiviti seperti ini dari masa ke semasa. Menerusi program seperti ini, kita dapat mencungkil bakat-bakat baru. Malahan ini dapat dijadikan ruangan kepada para penduduk untuk bersukan dan beriadhah yang merupakan aktiviti yang sihat".

Ketika ditanya, program apa pula selepas ini, beliau menjawab... ".. insya Allah, banyak lagi selepas ini... Futsal, Bowling,... dan sebagainya...".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut berlangsung.





Disediakan oleh : EDITOR