Wednesday, September 1, 2010

Program Ceramah Sivik Ramadhan 1431 Hijrah

1 September 2010, Paroi : Satu program Sivik Ramadhan telah diadakan di Surau An-Nur, Kampung Panchor. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau An-Nur dengan mendapat kerjasama daripada KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Bermakna program ini merupakan program kedua yang mana KRT PRSP Paroi bekerjasama dengan Jawatankuasa Surau An-Nur selepas kerjasama kali pertama dijalinkan ketika program Maulidur Rasul pada tahun 2007. Program ini telah dimulakan pada jam 6.00 petang dengan Yang Berhormat Tuan Mustafa Salim, ADUN Kawasan Lenggeng telah menziarahi beberapa rumah fakir miskin untuk menghulurkan bantuan Aidil Fitri.
.
Kemudian pada jam 7.00 malam, penceramah yang dinanti telah tiba iaitu YBhg Ustaz Hj Norazamil bin Hj Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebaik sahaja tiba kesemua yang hadir telah mengambil tempat dan bersedia untuk berbuka puasa beramai-ramai.
.
Sebaik sahaja selesai majlis berbuka puasa, program diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang telah diimamkan oleh Ust Norazamil sendiri. Selepas Solat Maghrib, Ustaz Norazamil telah memulakan program Sivik Ramadhan dengan ceramah yang telah berlangsung daripada jam 8.00 hingga 9.00 malam.
.
Kemudiannya majlis diteruskan dengan acara Solat Sunat Tarawih dan Witir yang telah diimamkan oleh Tuan Hj Shamsudin Awaludin, Imam Besar Masjid Paroi.
.
Solat Sunat Tarawih dan Solat Sunat Witir ini berakhir kira-kira jam 10.30 malam. Majlis diteruskan dengan acara minum malam dan sekelian tetamu bersurai pada jam 11.00 malam.
. Banner Program yang disumbangkan oleh KRT PRSP ParoiMeja makan yang telah siap tersedia untuk jamuan berbuka puasa
Makanan dan segala juadah telah siap sedia diatur
YB Tuan Mustafa Salim ketika baru tiba
Banner yang digantungkan di surau sebagai tanda program yang berlangsung
Dari kiri; YB Tuan Mustafa, Tn Hj Safiei (Pengerusi JKKK Kg Pancor), Sdr Syamsul (Pengerusi KRT PRSP Paroi) dan Tn Nasuludin (Imam Surau An-Nur)Sebahagian daripada Jawatankuasa Wanita Surau bergambar bersama
Duduk di bawah pepohonan kelapa sambil menanti ketibaan jemputan


Kelihatan Tn Hj Shamsudin (Imam Masjid Paroi) yang baru tiba turut sama duduk bersama
Para tetamu mula mengambil tempat di ruang makanUst Hj Norazamil yang telah bersiap sedia bersama Pengerusi JKKK, Tn Hj Shamsudin dan YB Tuan Mustafa menanti waktu berbuka puasaTuan Hj Shamsudin mula menyenduk makanan
Di antara tetamu yang hadir menyertai program Sivik Ramadhan. Yang kanan sekali tu En Kamsani Mohd Noor (Jawatankuasa KRT PRSP Paroi)
YBhg ustaz Hj Norazamil memulakan ceramahnya
Ceramahnya yang bersahaja tetapi penuh makna benar-benar menarik perhatian
Suasana di dalam surau ketika ceramah sedang berlangsung
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: