Tuesday, May 26, 2015

Pertandingan Pidato 1Malaysia peringkat Daerah Seremban


15 Mei 2015, Seremban : Satu Pertandingan Pidato 1Malaysia Peringkat Daerah Seremban telah diadakan bertempat di Perkarangan Blok C, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Pertandingan ini merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seremban dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.

Di dalam pertandingan ini, Sdr Irfan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berjaya mendapat tempat pertama di dalam pertandingan ini.

Turut hadir sama ke Pertandingan ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, May 6, 2015

Program Perasmian Pusat Internet Rakyat (PIR) di PRSP Paroi


6 Mei 2015, Seremban : Satu Program Perasmian Pusat Internet Rakyat (PIR) telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Ghazali Abd Wahid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Paroi. Turut hadir sama ke program ini adalah YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

PIR ini menelan kos lebih kurang RM 64,000 bagi penyediaan perkasasan komputer dan RM 150,000 lagi bagi tujuan persiapan infrastruktur bangunan dan sebagainya. Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi berkata, "Penduduk di sini berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas sumbangan yang sangat bermakna ini, dan benar benar berharap agar penduduk menghargai sumbangan kerajaan seperti ini dan anak-anak perlu mengambil peluang ini untuk memantapkan diri supaya jurang digital dan jurang IT dapat dikecilkan supaya anak-anak di PRSP Paroi ini akan menjadi semakin celik IT nanti, insya Allah".

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ini berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR