Thursday, August 5, 2010

Kenduri Menyambut Ramadhan Anjuran KRT PRSP Paroi

Kenduri Tahlil & Doa Selamat
Sempena Menyambut Ramadhan
3 Ogos 2010
Bertempat Di
No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang
.
.
Pada 3 Ogos 2010 telah berlangsungnya Kenduri Tahlil Arwah dan Doa Selamat bersempena menyambut ketibaan Bulan Ramadhan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Majlis ini telah diadakan di kediaman Sdr Syamsul, Pengerusi KRT PRSP bertempat di No. 3, Jalan D'areca 4, Taman Bandar Senawang. Kebetulan juga pada hari yang sama merupakan hari ulangtahun kelahiran Sdr Syamsul yang ke - 33 maka keseluruhan Jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan majlis di sana.
.
Sesi tahlil arwah dan doa selamat telah diketuai oleh Tn Hj Shamsudin Awaludin, Imam Besar Masjid Paroi dan turut disertai oleh jemaah surau yang didatangkan khas daripada Surau An-Nur, Kampung Pancor.
.
Tahniah diucapkan kepada keseluruhan Jawatankuasa KRT di atas inisiatif dan kejayaan melaksanakan program ini.
.
Pengerusi KRT sendiri mula menyusun kerusi dan meja Menjelang pukul 5.30 petang meja telah siap disusun bersama kerusi
Alas meja mulai dipasang
Selesai meja dan kerusi disusun lengkap dengan alas meja
Kelihatan jemaah surau lelaki mulai masuk ke dalam rumah bagi memulakan majlis tahlil dan doa selamat
Lebih 50 orang jemaah dianggarkan telah hadir
Kelihatan Sdr. Nazaruddin Abas, Setiausaha KRT yang turut sama hadir (berbaju Melayu putih)
Suasana sebelum tahlil bermula
Ruang tamu dipenuhi jemaah lelaki sementara semua tetamu perempuan menanti di luar di bawah khemah
Suasana tenang di dalam rumah ketika tahlil dimulakan
Tn Hj Shamsudin, Imam Masjid Paroi (berbaju merah) mengetuai majlis tahlil ini
Jemaah mengaminkan bacaan doa
Para tetamu mendengar ucapan ringkas terima kasih daripada Syamsul sambil mempelawa semua yang hadir bagi menikmati hidangan yang telah disediakan
Ibu Pengerusi KRT, Pn Hasnah (berbaju hitam) turut hadir malahan bertindak sebagai 'katerer' untuk jamuan ini
Suasana meriah ketika hidangan mula diambil
Barisan AJK; Muhammad Kamsani (baju biru), Pn Rahmah Rahmat, Munirah Kamsani, Pn Zubaidah Mohd Zain dan Pn Juriah Latif
Suasana ketika semua menjamu selera
Suasana jemaah wanita ketika menikmati jamuan di dalam rumah sambil menonton TV
Suasan meriah ketika jamuan berlangsung
Imam dan VVIP makan di meja utama yang disediakan
Kek khas daripada AJK KRT PRSP ParoiBirthday Boy bersedia memotong kek yang disediakan
Berposing dengan kek yang ada
Mula memotong kek yang disediakan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: