Sunday, February 28, 2010

Selamat Pengantin Baru Buat Azman Aziz & Rosfadzilah!!

SELAMAT PENGANTIN BARU
.
IKHLAS BUAT
. Azman & Rosfadzilah
.
Yang Telah Melangsungkan Majlis Perkahwinannya
.
Pada 27 Februari 2010
.
Di Kampung Kemin, Jelebu
.
.
.
Pada 27 Februari 2010, telah berlangsungnya majlis perkahwinan yang cukup bersejarah buat Saudara Azman bin Aziz yang merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah di Kg. Kemin, Jelebu ini telah turut dihadiri oleh Datuk Yunus Rahmat, Exco Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus.
.
Pada majlis perkahwinan ini juga turut dihadiri oleh ahli Jawatankuasa KRT/MPP Pangsapuri Rakyat Seri Perdana yang diketuai oleh Pengerusi KRT/MPP iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail. Saudara Syamsul telah turut sudi bersantapan bersama pasangan Raja Sehari di dalam sesi makan beradab.
.
Dengan ini EDITOR dan sekelian AJK KRT/MPP mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan Saudara Azman Aziz dan Saudara Rosfadzilah. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar kenangan untuk tatapan semua.
.

Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat!!!

Ketika baru tiba. Kelihatan Saudara Azman sedang disiapkan sebelum perarakan ke rumah pengantin perempuan
Pasukan kompang telah bersedia untuk memalu kompang
Azman masih lagi belum bersedia
Tinggal sentuhan 'make-up' terakhir
Haa.... kini pengantin lelaki telah bersedia!!!
Pengantin perempuan sabar menanti ketibaan pengantin lelaki
Pengantin perempuan diterangkan tentang kehadiran pengantin lelaki
Bermulalah perarakan pengantin
Pengantin lelaki bersama rombongan daripada Paroi
Akhirnya bersama dengan pengantin perempuan menuju ke rumah pengantin perempuan
Setelah menghadap Buapak Kg Kemin, pengantin menuju ke singgahsana pelamin untuk Raja Sehari
Mula mengambil tempat duduk
Pasukan kompang masih lagi memalu kompang dengan penuh bersemangat
Pengantin tenang di atas pelamin
Pasukan kompang PRSP Paroi memainkan lagu "Selamat Pengantin Baru"
Kedua-dua belah keluarga menepung tawar
Kelihatan tenang, tapi dalam hati siapa yang tahu!!
Majlis makan di meja santapan Raja Sehari
Saudara Azman kelihatan ceria
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR