Tuesday, December 22, 2009

Bantuan Kebajikan Masyarakat oleh JKM

Bantuan Kebajikan Masyarakat
oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
23 Disember 2009
Bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi
.
23 Disember 2009, Seremban - Satu majlis penyampaian bantuan kepada yang yang memerlukan telah di adakan di perkarangan Blok D Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi pada hari ini. Lebih 300 orang penerima di dalam kawasan DUN Paroi telah hadir untuk menerima bantuan pada pagi ini. Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah membabitkan pengagihan bantuan sebanyak lebih kurang RM 96,000.
.
Program ini buat pertama kalinya telah diadakan di sini (PRSP) dan nampaknya tidak menghampakan dengan puji-pujian telah diberikan di atas kejayaan MPP membuktikan bahawa penganjuran MPP tidak menghampakan dengan jamuan makanan dan minuman untuk kesemua pihak yang hadir dengan hidangan sebegitu lazat dan menyelerakan.
.
"Kami komited membantu pihak kerajaan di dalam sumbangan dan penyaluran bantuan ini, malahan sasaran utama kami adalah agar betapa penerima bantuan perlu sedar betapa kerajaan sebenarnya mengambil berat terhadap permasalahan kewangan rakyat" ujar Syamsul ketika ditanya oleh EDITOR. "Namun harapan kita agar penerima sedar tentang betapa bantuan yang dihulurkan merupakan bantuan dan bukannya pendapatan, maka mereka perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki taraf hidup mereka dari masa ke semasa".
.
Majlis yang berakhir pada jam 1.00 petang ini telahy menyaksikan masyarakat pelbagai kaum telah hadir menrima bantuan ini, sejajar dengan Konsep 1 Malaysia yang diterapkan oleh kepimpinan perdana dewasa ini. Semoga MPP terus cemerlang di dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka.
.
Kelihatan beberapa AJK Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) telah bersedia di khemah utama Suasana di bawah khemah yang disediakan oleh pihak penganjur
Orang ramai yang mulai memenuhi ruang di bawah khemah menunggu
Di antara orang ramai yang telah hadir untuk menerima bantuan
En. Sulaiman daripada (JKM) memberikan sedikit taklimat ringkas
Penerima bantuan menanti dengan penuh kesabaran
Penerima yang telah mula menerima bantuan setelah nama dipanggil
Mereka datang ke khemah bantuan setelah nama disebut
Sambil menanti kelihatan wajah ceria yang terpancar
Di antara penerima yang berbangsa India
AJK Wanita mula menyendukkan makanan buat para penerima bantuan yang dijamu dengan hidangan istimewa
Saudar Selamat dan Puan Juriah yang sibuk menyendukkan makanan
En. Suhadi (Siak Surau An-Nur) dan En. Meon (Imam Surau An-Nur) kelihatan bergurau senda
Bergambar dengan Saudara Syamsul (Pengerusi MPP)
Suasana di bawah khemah mulai sibuk dengan kesemua penerima mula menjamu selera
Saudara Syamsul sudi menyampaikan bantuan kepada penerima
Lagi penerima dari kumpulan warga emas
Penerima dari kalangan warga emas gembira apabila di sapa oleh Saudara Syamsul
Ada yang kelihatan agak uzur ketika tampil menerima bantuan
Saudara Syamsul pergi kepada seorang warga tua yang benar-benar uzur uantuk penyampaian bantuan tanpa perlu penerima bergerak dengan lebih jauh
Penerima dari kalangan bangsa India
Saudara Azman dan Saudara Zubairi membantu memapah seorang warga emas yang berkerusi roda untuk menaiki teksi untuk pulang ke rumah
Membantu sedaya upaya
Kerusi roda dilipat untuk di letakkan di dalam 'boot' kereta
Sesi jamuan makan di antara AJK MPP bersama dengan warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
.
Tahniah diucapkan buat kesemua Jawatankuasa MPP yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan agar program ini berjaya. Adalah difahamkan bahawa program seperti ini akan dijalankan sekali lagi pada 20 Januari 2010 nanti di sini memandangkan kejayaan MPP Pangsapuri Rakyat Seri Perdana menyediakan program dengan cukup meriah dan menarik sekali.
.
Sekali lagi tahniah diucapkan!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR