Friday, October 24, 2014

Pertandingan Bowling PRSP Paroi 2014 di Ampang Bowl, Seremban Prima

18 Oktober 2014, Seremban : Satu Pertandingan Bowling 2014 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini melibatkan tiga kategori iaitu Kategori VIP, kategori Lelaki Individu dan kategori Perempuan Individu.

Pertandingan ini berlangsung mulai jam 3.00 petang dan menyaksikan Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi mengungguli Kategori VIP serta menjuarai Kategori Keseluruhan.

En Kamsani pula telah berjaya merangkul kejuaraan Kategori Lelaki Individu. Tahniah kepada yang berjaya, manakala kepada yang gagal, jangan berputus asa, cuba lagi dilain masa. Mudah-mudahan berjaya.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang pertandingan tersebut berlangsung.


Disediakan oleh : EDITOR

Wednesday, October 8, 2014

Program Korban Aidil Adha 1435 Hijrah

6 Oktober 2014, Seremban : Satu Program Korban Aidil Adha 1435 Hijrah telah diadakan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. pada tahun ini PRSP berasa bertuah kerana pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menerusi satu consultant telah bersetuju menyumbangkan 3 ekor lembu untuk diagih-agihkan kepada penduduk yang memerlukan.

Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi, dan semua yang hadir telah berpeluang menikmati jamuan yang telah dihidangkan daripada baki 3 ekor lembu yang dikorbankan. Program ini selesai kira-kira jam 3.30 petang.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.

 

Disediakan oleh : EDITOR