Sunday, August 1, 2010

Kenduri Doa Selamat En Azman Ab Hamid

Pada 3o Julai 2010 telah berlangsungnya satu majlis kenduri tahlil arwah dan doa selamat untuk En Azman Ab Hamid, AJK KRT PRSP yang bakal mengadakan majlis kenduri kahwin adik iparnya serta kenduri cukur jambul anaknya pada 31 Julai 2010. Majlis ini diadakan atas inisiatif KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP), Paroi.
.
Majlis dimulakan dengan soal Isya' secara berjemaah yang diimamkan oleh Sdr Syamsul, Pengerusi KRT PRSP Paroi. Sebaik sahaja selesai solat Isya', majlis diteruskan dengan tahlil dan doa selamat yang telah dipimpin oleh Sdr Syamsul. Doa selamat telah dibacakan oleh En Meon memandangkan Sdr Syamsul yang kurang sihat dan batuk.
.
Diharapkan agar majlis yang bakal dikendalikan oleh En Azman Ab Hamid akan berlangsung dengan lancar dan jayanya
.
Kelihatan di antara barisan AJK yang turut hadir ke majlis ini
AJK Wanita turut sama menyertai program ini
En Meon (berkopiah dan berbaju melayu kelabu) memimpin bacaan doa
Ketika sesi jamuan berlangsung
En Selamat Ibrahim ketika selepas selesai makan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: