Tuesday, January 27, 2009

Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul

Kenduri Tahlil & Doa Selamat

Rumah En Isa di Blok B

24 Januari 2009

Pada 24 Januari 2009, satu majlis tahlil arwah telah dijalankan di rumah En Isa. Program ini telah diketuai oleh En Syamsul (Pengerusi KRT). Majlis telah dimulakan agak lewat iaitu lebih kurang jam 9.15 malam kerana menanti kehadiran Pengerusi yang tiba lewat ekoran ada urusan penting di Putrajaya. Alhamdulillah program tersebut telah berlangsung dengan baik.


Majlis Kenduri Cukur Jambul

26 Januari 2009

Kediaman En Zakaria di Blok E

Kemudiannya pada 26 Januari 2009, satu majlis kenduri cukur jambul cucu kepada En Zakaria iaitu AJK KRT/JPP PRSP Paroi telah diadakan pada jam 12.00 tengahari. Kenduri ini telah hadiri oleh sekelian AJK KRT/JPP PRSP Paroi.
Kelihatan En Syamsul (Pengerusi) bersama dengan saudara Azman
Antara orang ramai yang turut hadir

En Zakaria tetap mesra melayan tetamu walaupun kepenatan.

Thursday, January 1, 2009

Penubuhan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP)







31 Disember 2008 (Rabu), Paroi - 31 Disember 2008 menjadi satu tarikh keramat di mana kesemua Pertubuhan dan Persatuan dikumpulkan di dalam satu Majlis bagi berbincang mengenai satu arah dan halatuju pembangunan serta aktiviti yang didasari atas nama "Perpaduan". Majlis ini diilhamkan oleh Pengerusi KRT PRSP Paroi iaitu saudara Syamsul Amri. Menurut beliau usaha ini perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan salah sangka daripada berterusan di antara pihak-pihak terlibat.

Usaha ini mendapat respon positif dari semua pihak. Majlis ini menghimpunkan beberapa badan iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dipengerusikan oleh Saudara Syamsul, UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana yang diketuai oleh Saudara Norsham, Pertubuhan PKK KEMAS yang dihadiri oleh Ketuanya Puan Yan serta Penasihat PKK KEMAS iaitu Saudara Azmi. Begitu juga dengan kehadiran Pertubuhan Kompang yang diwakili oleh Saudari Norshafima, Pertubuhan Berzanji oleh Puan Esah serta Persatuan Ibu Tunggal PRSP Paroi yang diwakili oleh Puan Seti Maimunah.

Di dalam perbincangan tersebut turut diputuskan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) akan digantikan menjadi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP), dan sidang mesyuarat bersetuju melantik Saudara Syamsul untuk mempengerusikan gabungan ini. Saudara Norsham pula dilantik selaku Timbalan Pengerusi manakala Puan Ju dari KEMAS dilantik selaku Setiausaha Gabungan ini.
Sidang mesyuarat ini dijangka akan mengadakan satu program "Pemimpin Bersama Rakyat" tidak lama lagi di mana keenam-enam Pertubuhan ini akan duduk berbincang semula mengenai pelaksanaan Program ini pada 15 Januari 2009. Adalah diharapkan Program ini akan menjadi satu asas baru pembangunan dan perpaduan masyarakat di PRSP Paroi.
Saudara Azmi di dalam perbincangan berkenaan menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah lama menanti usaha ini dan beranggapan langkah yang diambil oleh KRT di dalam mengilhamkan usaha ini adalah sangat baik dan sangat dinantikan oleh penduduk di sini. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan padu oleh kesemua pihak.
Ketua UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana pula iaitu Saudara Norsham pula berasa sangat gembira dengan pertemuan ini dan ini juga adalah merupakan satu hasrat yang juga pernah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, dan secara langsung juga akan membantu perkembangan sihat politik UMNO agar terus aktif dan berkembang di sini.
Saudara Syamsul menyimpulkan bahawa, "Pertemuan ini adalah pertemuan yang diatur secara jujur, ikhlas dan sucihati oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kerana selama ini, kejayaan-kejayaan tidak akan bermakna seandainya KEMAS, UMNO Cawangan. dan pertubuhan-pertubuhan lain terus ketinggalan di belakang. Justeru ini boleh menjadi suntikan semangat kepada kesemua masyarakat agar berganding bahu dan bersatu tenga menjaya setiap program yang bakal direncanakan mulai Januari 2009".

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah itu bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

- Dilaporkan Oleh : Saudara Nazaruddin Abas (Setiausaha KRT PRSP Paroi) -