27 Julai 2010 (Selasa) : Satu Pertandingan Bowling Persahabatan telah diadakan di antara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi bersama Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada jam 5.30 petang bertempat di Ampang Bowl, Seremban Parade.
.
Pertandingan ini telah disertai oleh 20 orang peserta. KRT PRSP Paroi telah diwakili oleh 10 orang pemain iaitu 5 lelaki dan 5 wanita, begitu juga dengan JPBD MPS turut menghantar peserta dengan jumlah yang sama.
.
Menurut Sdr. Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi, "Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara tenaga kerja JPBD MPS yang telah sekian lama memberikan komitmen serta bantuan terhadap setiap aktiviti persatuan ini semenjak tahun 2005 lagi. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi bagi memastikan hubungan ini tidak terhenti setakat hubungan rasmi semata-mata tetapi juga berhubungan selaku rakan baik yang aktif".
.
Di dalam pertandingan ini menyaksikan Sdr. Nazli (JPBD MPS) mengungguli kategori lelaki dengan 518 mata, manakala Mimi Soraya (JPBD MPS) menjuarai kategori wanita dengan 408 mata.
.
Bagi kategori lelaki Sdr. Syamsul (KRT PRSP) mendapat tempat kedua dengan 452 mata dan En Mohd Daud Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS) menduduki tangga ketiga dengan 413 mata. Bagi kategori wanita, Ezmah Aziani (KRT PRSP Paroi) menduduki tangga kedua dengan 395 mata dan Annfal di tangga ketiga dengan 310 mata.
.
Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan Bowling Persahabatan KRT & MPS :
.
Kategori Lelaki
.
1. Nazli 518 mata
2. Syamsul Amri 452 mata
3. Mohd Daud 413 mata
4. Kamsani Mohd Noor 410 mata
5. Muhd Kamsani 405 mata
6. Mazmie Mahazir 355 mata
7. Rozlan Sulaiman 354 mata
8. Nazaruddin Abas 327 mata
9. Md Yusof Alias 326 mata
10. Ramzul 293 mata
.
Kategori Wanita
.
1. Mimi Soraya 408 mata
2. Ezmah Aziani 396 mata
3. Annfal 310 mata
4. Musalmah 304 mata
5. Nurul Bashariah 296 mata
6. Shamsida 257 mata
7. Farah 252 mata
8. Haslina 242 mata
9. Rahmah Rahmat 229 mata
10. Diana Ismail 212 mata
.
Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan bersama.
.


















No comments:
Post a Comment