Sunday, November 29, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat Aqil & Farhana

Selamat Pengantin Baru
.
Mohd Aqil Petrus Bin Lasir
&
Siti Farhana Binti Mat Isah
.
Semoga Berbahagia Hingga Ke Akhir Hayat
.
.
.
Pada 22 November 2009 telah berlangsungnya majlis perkahwinan anak kepada Puan Zohra Bibi binti Sarudin di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Puan Zohra Bibi telah mengamanahkan sepenuhnya urusan kerja-kerja kenduri kahwin ini kepada seluruh Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP). Maka MPP lah yang bertanggungjawab sepenuhnya baik dari segi masakan, hidangan hinggalah ke peringkat pengaturcaraannya.
.
Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Turut menghadiri majlis ini adalah Pengerusi MPP iaitu Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail. Majlis ini walaupun dilaksanakan secara sederhana, namun tetap berlangsung dengan suasana yang cukup meriah.
.
Pasangan "Raja Sehari" telah diiringi dengan paluan kompang kumpulan kompang PRSP Paroi.
.
berikut dikongsikan bersama-sama gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan semua.
.
Ruangan Makan yang telah siap sedia diatur oleh J/K MPP
Kemas dan teratur
Pinggan mangkuk dan gelas juga telah siap disusun atur
Di antara Jawatankuasa yang sedang berehat menantikan ketibaan "Raja Sehari"
DJ Muzik yang menjaga PA System dengan memutarkan lagu-lagu bagi memeriahkan suasana
Sebahagian Jawatankuasa MPP yang kelihatan ceria setelah kepenatan sejak semalaman memasak, menyusun atur dan sebagainya
Suasana khemah tempat makanan
Kerja mencuci juga telah dimulakan oleh Jawatankuasa MPP
Ahli kompang turut berehat sementara menantikan ketibaan "Raja Sehari"
Pelamin yang tersergam indah yang menanti Raja Sehari tiba dan bersemayam di atasnya
Memang simple tetapi menarik
Tidak memerlukan belanja yang terlalu besar
Ahli kompang dan JK MPP menanti dengan penuh sabar
Tetamu sudah mulai hadir menjamu selera
Keadaan cukup meriah di khemah jamuan
Setelah selesai makan, tetamu menanti ketibaan "Raja Sehari" pula
Gelagat anak-anak Pengerusi MPP yang sempat dirakamkan
Akhirnya, Raja Sehari pun tiba
Raja Sehari mula melangkah menuju ke Dewan PRSP Paroi
Pasukan Kompang PRSP mengiringi Raja Sehari
Pasangan Pengantin yang cukup manis , secocok dan sepadan
Melangkah dengan penuh tertib dan sopan
Rombongan pengantin lelaki yang turut sama mengiringi bersama-sama barang hantaran
Raja Sehari kian menghampiri Dewan PRSP Paroi
Tetamu yang hadir turut sama menyaksikan perarakan Raja Sehari dari dalam khemah
Di antara tetamu yang mula masuk ke khemah
Akhirnya tiba di perkarangan Dewan PRSP
Melangkah dengan penuh berhati-hati
Menuju masuk ke Dewan PRSP Paroi
Bersedia untuk bersemayam di pelamin nan indah
Raja Sehari mula mengambil tempat
Duduk dengan penuh kesantunan
Pasangan Raja Sehari kelihatan ceria
Kini menantikan acara menepung tawar pula
Barangan Hantaran yang dipersembahkan oleh pihak Pengantin Lelaki
Kelihatan Dhafir (anak pengerusi MPP) yang leka memerhatikan acara persandingan
Antara tetamu yang hadir menyaksikan dengan wajah yang ceria
Anak-anak kecil yang turut sama berada ditepi pelamin
Saat ini merupakan saat yang pasti tidak akan dilupakan oleh pasangan ini seumur hidupnya
Jurugambar yang kelihatan sibuk merakamkan detik-detik bersejarah
Raja Sehari merelakan gambar mereka dirakamkan
.
.
.
Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat Pengantin Baru dan didoakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Insya Allah.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Saturday, November 21, 2009

Program Berkhatan Beramai-Ramai 2009

21 NOVEMBER 2009 (Seremban) - SYABAS dan tahniah buat Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengerusi MPP) dan keseluruhan Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) di atas kejayaan menganjurkan program berkhatan beramai-ramai. Apa yang menakjubkan adalah, MPP telah pun berjaya menganjurkan program ini buat kali kelima berturut-turut sejak kali pertama menganjurkannya pada tahun 2005. Program ini telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi pada 21 November 2009.

Saudara Syamsul berkata, “Program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan padu daripada keseluruhan jawatankuasa MPP dan lebih penting lagi penyertaan penduduk bagi menghidupkan program tahunan ini”, beliau berkata demikian ketika ditanya tentang resipi kejayaan program ini. Beliau menambah “Jika setiap organisasi memiliki KPI, MPP juga memiliki KPI nya yang tersendiri iaitu memastikan bahawa setiap bulan sekurang-kurangnya mesti ada 1 program yang dijalankan. Kita mahu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan MPP akan terus dekat di hati masyarakat di sini”.

Beliau juga memuji kerjasama yang diberikan oleh keseluruhan Jawatankuasa UMNO Cawangan PRSP Paroi dan juga daripada Jawatankuasa Surau An-Nur PRSP Paroi. Melalui kerjasama ini program yang direncanakan ini dapat dilangsungkan dengan suasana yang cukup meriah.

Program ini turut mendapat bantuan peralatan daripada pihak Majlis Perbandaran Seremban (MPS) selaku bapa angkat persatuan, peralatan siaraya PA System daripada Jabatan Penerangan Seremban dan bantuan simbolik perasmian (pancutan air) daripada Balai BOMBA Senawang.

Program buat tahun kelima ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad, Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman MPS selaku wakil kepada Dato Yang DiPertua MPS yang tidak dapat hadir disebabkan urusan lain yang tidak dapat dielakkan. Program ini turut dihadiri oleh Saudara Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS) dan juga Tuan Hj Shamsudin Awaludin (Imam Masjid Paroi).

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan tetamu kehormat bersama-sama anak-anak yang dikhatankan. Perarakan diiringi dengan paluan kompang oleh Kumpulan Kompang Belia PRSP Paroi. Mereka berarak dari pintu masuk PRSP Paroi menuju ke Dewan PRSP Paroi. Setibanya di perkarangan Dewan, tetamu kehormat serta orang ramai yang hadir mengambil tempat duduk dan program pun bermula.

Program dimulakan pada jam 8.15 pagi dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Paroi. Diikuti pada jam 8.30 pagi ucapan alu-aluan oleh Saudara Syamsul selaku Pengerusi MPP. Pada jam 8.45 pagi Tuan Hj Ismail Ahmad diminta menyampaikan ucapan dan seterusnya pemrasmikan programBerkhatan Beramai-Ramai. Pada jam 9.00 pagi Tuan Hj Ismail diminta menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yang dikhatankan, kepada Tuan Imam, Tetamu Kehormat, wakil Jabatan Penerangan, dan tidak lupa kepada Balai BOMBA Senawang.

Pada jam 9.15 pagi Tuan Hj Ismail telah menyempurnakan upacara simbolik perasmian dengan memutarkan paip bagi membolehkan anak-anak yang bakal dikhatankan disembur dengan air sehingga kesejukan. Pada jam 9.30 pagi tetamu kehormat dan orang ramai menikmati jamuan dan seterusnya anak-anak mula dikhatankan pada jam 10.00 pagi.

Demikianlah program yang telah berlangsung meriah ini, dan berikut dikongsikan bersama-sama kesemua gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan untuk tatapan semua.

Sekelian Jawatankuasa berkumpul di Dewan PRSP Paroi pada malam sebelum program bermula

Berkumpul setelah penat bertungkus-lumus memasak dan menghias khemah serta pentas utama
Dalam proses menyiapkan pulut kuning dan jamuan-jamuan untuk tetamu kehormat dan orang ramai
AJK-AJK Wanita yang kepenatan
T-Shirt rasmi MPP yang telah disediakan oleh Pengerusi MPP untuk dipakai oleh sekelian JK MPP semasa hari program
Suasana khemah yang telah siap dikemas dan dihias dengan bunga-bungaan
Sebahagian daripada ahli belia kompang duduk di bawah khemah setelah selesai berlatih
Bunga-bunga digunakan untuk menghias perkarangan Dewan PRSP Paroi
Perkarangan Dewan telah bersedia untuk digunakan untuk program pada keesokan pagi
.
HARI PROGRAM
21 NOVEMBER 2009
Pasukan kompang sudah bersedia untuk bermain kompang
Di antara anak-anak yang bakal dikhatankan yang telah tiba awal sambil menantikan rakan-rakan lain
Wajah-wajah yang tetap ceria walaupun bakal dikhatankan sebentar lagi
Pengerusi dan AJK MPP yaang sedang menanti ketibaan tetamu kehormat
Saudara Daud yang juga telah tiba awal ke program ini









Disediakan Oleh : EDITOR BLOG
Gambar Dirakamkan Oleh : Saudara Azley Ghafar