Thursday, November 5, 2009

MPP Tambah Keanggotaan Baru!!!

Reformasi besar-besaran telah dilakukan oleh Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dengan membuat rombakan serta semakan semula keahlian persatuan. Ini bagi memastikan hanya ahli yang benar-benar aktif dibenarkan terlibat di dalam organisasi kepimpinan persatuan. Di dalam mesyuarat yang diadakan pada 26 Oktober 2009, MPP telah memutuskan beberapa perkara penting. Di antara resolusi yang dicapai adalah seperti berikut:
.
Pertama; Memandangkan surau PRSP telah dibiayai sepenuhnya oleh persatuan ketika membaik pulih menjadi surau yang selesa dari segi persediaan barang-barang, sejadah, kitab Yasiin, surat menyurat, program-program termasuk solat Sunat Tarawih dan Program Bacaan Yasiin, maka MPP memutuskan bahawa Surau diletakkan dibawah seliaan MPP dan Surau tersebut diberikan nama An-Nur yang membawa maksud "Cahaya".
.
Kedua; UMNO Cawangan yang memerlukan sokongan dari segi aktiviti serta bantuan perlaksanaan program diletakkan sebagai anggota MPP. Dan;
.
Ketiga; Memandangkan persatuan PKK KEMAS di dalam PRSP Paroi kerap kali menghadapi perubahan tunggak kepimpinan dan mempunyai pentadbiran yang kurang stabil dan kerap kali berlaku perselisihan faham di kalangan anggotanya maka, PKK KEMAS diputuskan untuk tidak lagi menjadi sebahagian daripada MPP kerana bimbang setiap permasalahan yang berlaku akan melibatkan nama baik serta imej MPP.
.
Ketiga-tiga resolusi ini telah diterima sebulat suara oleh seluruh ahli mesyuarat tanpa sebarang bantahan.
.
Dimaklumkan juga, berkuatkuasa 29 Oktober 2009, MPP telah menambah keanggotaan Jawatankuasa bagi memantapkan jentera pentadbiran bagi memastikan MPP dapat memperbanyakkan lagi program-program demi pembangunan penduduk di PRSP Paroi ini. Pada 29 Oktober 2009 juga telah berlangsungnya majlis angkat sumpah Kesetiaan serta Kerahsiaan di kalangan ahli persatuan. Kesemua Anggota MPP bersetuju seandainya sumpah atau ikrar persatuan ini dilanggar boleh mengakibatkan tindakan diambil termasuklah menggugurkan jawatannya di dalam persatuan.
.
Senarai Penuh Ahli MPP Yang Baru adalah seperti berikut:
.
1 En. Syamsul Amri Hj Ismail Pengerusi MPP
2. En. Md. Yusof Alias Timb. Pengerusi MPP
3. En. Nazaruddin Abas Setiausaha MPP
4. En. Mohd Adzhaar Hj Zamani Bendahari MPP
5. En. Abu Bakar Mamat Ketua UMNO Cawangan
6. Pn. Rahmah Rahmat Pen. Setiausaha MPP
7. En. Kamsani Mohd Nor AJK
8. En. Selamat Ibrahim AJK
9. Pn. Juriah Latif AJK
10. Pn. Nazura Suman AJK
11. Pn. Zarina Khalid AJK
12. Pn. Rozita Saleh AJK
13. Pn. Nurul Bashariah Khairi AJK
14. Cik Sharifah Nurul Farhana Aina Syed Syam Shahar AJK
15. En. Azman Ab Hmaid AJK
16. En. Zamri Abd Rahman AJK
17. En. Zakaria Jamil AJK
18. En. Othman Kadir AJK
19. Pn. Zubaidah Mohd Zain AJK
20. Pn. Seti Maimunah Abu Hassan AJK
21. Pn. Samsiah Rais AJK
22. En. Suhadi Marsom AJK
23. En. Yusri Baharin AJK
24. En. Azli Abdullah AJK
25. En. Badarhisham Mohd Noh AJK
26. Cik Masturah Kamsani AJK
27. En. Mazmie Mahadzir AJK
28. En. Zubairi Md. Nalan AJK
29. Pn. Faridah Mohd Ali AJK
30. Pn. Norliza Shaer AJK
31. En. Mohd Nor Shaer AJK
32. En. Hamidi Salleh AJK
33. En. Rahim Aman AJK
34. En. Shukri Jamaludin AJK

Keseluruhan Ahli Jawatankuasa Membacakan Lafaz Ikrar Persatuan yang dipimpin oleh En Kamsani Mohd Nor

En Azman Ab Hamid, En Suhadi Marsom dan En Zakaria Jamil turut melafazkan bacaan Ikrar Persatuan
.
Disediakan Oleh : EDITOR

No comments: