Sunday, November 15, 2009

Kenduri Tahlil & Doa Selamat Sdr. Azman Ab. Hamid

Satu majlis kenduri tahlil arwah dan doa selamat telah di adakan di kediaman ibu kepada Sdr. Azman Ab. Hamid (AJK MPP) di Blok A Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Kenduri ini dimulakan dengan bacaan Yasiin dan diikuti dengan tahlil arwah dan doa selamat. Bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Saudara Syamsul Amri Hj Ismail (Pengerusi MPP).
.
Majlis telah bermula pada jam 7.30 malam (selepas maghrib) dan telah disertai oleh sebahagian AJK MPP dan jiran-jiran tetangga.
.
Program bacaan Yasiin dan Tahlil Arwah ini sememangnya aktiviti mingguan dan kini dipelopori oleh AJK Surau MPP. Mudah-mudahan aktiviti yang baik seperti ini sentiasa mendapat tenpat di hati penduduk. Insya Allah.
.
Di antara sebahagian AJK MPP yang berkesempatan hadir
Suasana ketika kesemua tetamu menimati jamuan selepas selesai tahlil dan doa selamat
Meriah juga kenduri di rumah Sdr. Azman ini.
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR



No comments: