Sunday, August 1, 2010
Kenduri Doa Selamat En Azman Ab Hamid
Tuesday, July 27, 2010
Pertandingan Bowling Persahabatan KRT & MPS
Banner yang telah disumbangkan oleh KRT PRSP Paroi yang diilhamkan oleh Sdr Mazmie Mahazir
Banner tersergam indah sebagai tanda ikatan persahabatan antara KRT dan JPBD MPS
Suasana sebelum pertandingan. Mazmie seolah termenung memikirkan strategi pertandingan
Suasana meriah di Ampang Bowl, Seremban Parade
En Md Yusof bersiap sedia memakai kasut sebelum memulakan pertandingan
Muhammad Kamsani, juara PRSP Paroi pada pertandingan bulan Mei yang lalu
Afiq, anak kepada salah seorang peserta wanita KRT iaitu Puan Diana Ismail
Peserta wanita juga telah bersedia di lane masing-masing
Sdr. Syamsul dan En Mohd Daud dalam suasana ceria sebelum memulakan pertandingan
En Mohd Daud melemparkan balingan pertama sebagai tanda perasmian pertandingan
Ezmah Aziani ketika memulakan aksi pertandingan
Haslina membuat balingan di lane 18
En Md Yusof di tangga KESEMBILAN
Sdr Nazaruddin di tangga KELAPAN
En Rozlan di tangga KETUJUH
Mazmie di tangga KEENAM
Muhammad Kamsani di tangga KELIMA
Kamsani Mohd Noor di tempat KEEMPAT Bengkel Jahitan Manik & Labuci
Program telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Program ini merupakan satu program yang baik kerana mampu membantu masyarakat khususnya wanita di dalam usaha mempertingkatkan kemahiran serta menambah pendapatan dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi keluarga.
Kursus jahitan manik dan labuci ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dikalangan para surirumahtangga di kawasan perumahan PRSP Paroi ini. Dalam program tersebut, para peserta telah diberikan tunjuk ajar asas tahap 1 tentang jahitan manik pada baju kurung oleh tenaga pengajar. Kursus yang diadakan secara PERCUMA itu telah memberi banyak manfaat kepada peserta terutamanya suri rumah untuk cuba mempraktikan latihan yang diberikan bagi mengurangkan beban kos dengan menghantar baju ke kedai jahitan. Menjahit manik ini boleh dijadikan hobi sambilan bagi mengisi masa lapang disamping dapat menambahkan pendapatan.
.
Menurut tenaga pengajar trend menjahit manik pada baju kian mendapat sambutan dikalangan kaum wanita. Bukan setakat baju dan tudung, malah jahitan bersulamkan manik dan kristal ini turut terkenal dalam aksesori lain seperti gelang, cincin dan pin tudung. Sedikit sebanyak ianya menambahkan keserian kepada semua pakaian dan aksesori wanita. Walaupun kain yang dibeli tidak berapa mahal namun apabila di sulami dengan manik dan kristal, ianya akan menambahkan lagi seri si pemakai. En Iskandar Ariffin, selaku pengarah program turut memaklumkan bahawa siri-siri jahitan manik pada masa akan datang akan cuba diteruskan memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dikalangan para wanita dan remaja.
Menurut Pn Rahmah Rahmat, Pengerusi Jiran Wanita KRT PRSP Paroi, "Program ini benar-benar membawa manfaat kepada penduduk, namun perlu diteruskan lagi di masa-masa akan datang bagi memperluaskan lagi kemahiran ini kepada para penduduk di PRSP Paroi ini".
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
Saturday, May 15, 2010
Kejohanan Bowling Perpaduan KRT PRSP Paroi 2010
.
Pertandingan Bowling yang dianjurkan oleh KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi telah berlangsung dengan meriahnya dengan penyertaan 40 peserta. Pertandingan ini turut melibatkan penyertaan Jemputan VVIP yang terdiri daripada En Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar MPS), En Mohd Hashry Yaacob (Pegawai Perhubungan Korporat MPS), En Rozlan Sulaiman (Penyelia PRSP Paroi), En Hanif Osman (Peguam), En Mohd Azizi Daud (PPSPPA) serta En Mohd Zubir Mohd Zain (Pegawai JPNIN Seremban).
.
Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 3 kategori iaitu, kategori individu lelaki, individu wanita serta kategori jemputan VVIP.
.
Muhammad bin Kamsani telah muncul Juara kategori individu lelaki, manakala juara kategori individu wanita disandang oleh Pn Ezmah Aziani. Muhammad bin Kamsani juga telah merangkul hadiah kategori 'High Game' dengan 217 mata yang diperolehinya di game yang kedua. Pengerusi Jiran Wanita KRT PRSP Paroi, Puan Rahmah Rahmat telah mendapat tempat kedua kategori individu wanita, manakala En Kamsani Mohd Noor merangkul naib juara kategori individu lelaki. Syamsul Fadzly dan Nurul Bashariah Khairi masing-masing menduduki tempat ketiga.
.
Bagi kategori VVIP, En Daud Ahmad berjaya menjadi juara, dengan Hashry mengikuti di tangga kedua dan Azizi Daud mendapat tempat ketiga.
.
Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan manakala yang tewas jangan kecewa, cuba lagi di lain masa!!!
.
Muhammad bin Kamsani dan Ezmah Aziani masing-masing bergelar juara
Banner kejohanan yang diadakan buat kali pertamanya
Di antara barisan pemain kategori VVIP yang tiba awal
En Zubir (JPNIN) yang turut serta
Kemeriahan suasana memang jelas kelihatan...
Di antara AJK KRT yang hadir; En Zamri, En Othman dan En Suhadi
Di antara Hadiah yang dipertandingkan
En Daud Ahmad membuat lontaran pertama tanda perasmian pertandingan
Kemeriahan suasana di Ampang Bowl, Seremban Parade ketika pertandingan dilangsungkan
Suasana di Lane kategori VVIP
En Hashry bersedia membuat balingan







Dan









Pengerusi KRT, Saudara Syamsul menyampaikan cenderahati bagi kategori VVIP. En Rozlan di tangga keenam 



En Zubir menyampaikan hadiah bagi kategori individu wanita






Puan Rahmah Rahmat selaku Naib Juara kategori Individu Wanita
Ezmah Aziani yang berjaya merangkul gelaran juara bagi kategori wanita
Muhammad turut merangkul anugerah 'high game'
Kamsani Mohd Noor pula berjaya meraih tempat kedua kategori individu lelaki
Syamsul Fadzly yang merangkul tempat ketiga kategori Individu lelaki







