Tuesday, July 27, 2010

Bengkel Jahitan Manik & Labuci

15 Julai 2010, Seremban : Satu Bengkel Jahitan Manik dan Labuci telah diadakan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program yang diilhamkan oleh Jabatan Hal Ehwal Komuniti, Majlis Perbandaran Seremban yang diketuai oleh En Iskandar Ariffin (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Komuniti, MPS) ini telah menarik kira-kira 30 orang wanita yang tinggal di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP), Paroi ini.
.

Program telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Program ini merupakan satu program yang baik kerana mampu membantu masyarakat khususnya wanita di dalam usaha mempertingkatkan kemahiran serta menambah pendapatan dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi keluarga.

.

Kursus jahitan manik dan labuci ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dikalangan para surirumahtangga di kawasan perumahan PRSP Paroi ini. Dalam program tersebut, para peserta telah diberikan tunjuk ajar asas tahap 1 tentang jahitan manik pada baju kurung oleh tenaga pengajar. Kursus yang diadakan secara PERCUMA itu telah memberi banyak manfaat kepada peserta terutamanya suri rumah untuk cuba mempraktikan latihan yang diberikan bagi mengurangkan beban kos dengan menghantar baju ke kedai jahitan. Menjahit manik ini boleh dijadikan hobi sambilan bagi mengisi masa lapang disamping dapat menambahkan pendapatan.

.

Menurut tenaga pengajar trend menjahit manik pada baju kian mendapat sambutan dikalangan kaum wanita. Bukan setakat baju dan tudung, malah jahitan bersulamkan manik dan kristal ini turut terkenal dalam aksesori lain seperti gelang, cincin dan pin tudung. Sedikit sebanyak ianya menambahkan keserian kepada semua pakaian dan aksesori wanita. Walaupun kain yang dibeli tidak berapa mahal namun apabila di sulami dengan manik dan kristal, ianya akan menambahkan lagi seri si pemakai. En Iskandar Ariffin, selaku pengarah program turut memaklumkan bahawa siri-siri jahitan manik pada masa akan datang akan cuba diteruskan memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dikalangan para wanita dan remaja
.
Menurut Pn Rahmah Rahmat, Pengerusi Jiran Wanita KRT PRSP Paroi, "Program ini benar-benar membawa manfaat kepada penduduk, namun perlu diteruskan lagi di masa-masa akan datang bagi memperluaskan lagi kemahiran ini kepada para penduduk di PRSP Paroi ini".
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: