Thursday, March 24, 2011

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Program Kali Keenam

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Sambutan buat kali keenam!!
.
Diam tak diam, penganjuran Maulidur Rasul di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi telah pun masuk kali keenam diadakan. Dengan konsep yang sentiasa berubah serta kemeriahan yang berpanjangan, program di sini tidak pernah sunyi daripada sambutan. Setiap tahun program ini pastinya menarik perhatian masyarakat setenmpat dan masyarakat berjiran untuk turut sama hadir ke majlis ilmu bagi mengangkat kasih sayang terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini.
.
Seperti biasa, program ini dipayungi kepimpinan Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang juga merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PRSP Paroi iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail yang masih lagi cekal memimpin Persatuan yang sentiasa mengukir kecemerlangan menerusi program-program yang dianjurkan.
.
Menurut beliau, "Usaha kita di dalam merancakkan aktiviti di dalam kawasan perumahan PRSP Paroi ini tidak pernah berakhir malahan merupakan suatu usaha berpanjangan semua ahli Jawatankuasa. Malahan, jikalau tiba masa saya menyerahkan jawatan saya kelak, legasi kecemerlangan ini seharusnya diteruskan oleh kepimpinan yang akan datang".
.
Ketika ditanya berkenaan kejayaan program, beliau mengulas,"Tiada lain sebabnya melainkan perancangan jangka panjang yang disertai dengan tindakan serta komitmen kesemua warga Persatuan MPP dan KRT".
.
Program pada kali ini telah dijayakan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh YBhg Ustaz Norazman Mohamad, Imam Masjid Jamek Ampangan yang juga merupakan Trainers di Imthiyaz Training Centre. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu kehormat iaitu Tn Hj Lokman Omar (Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa, MPS) dan Tn Hj Ismail Ahmad (Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman, MPS) selaku wakil kepada Dato' Yang DiPertua yang tidak dapat hadir. Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran En Daud Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS) serta Ustaz Yusof, Imam 2 Masjid Taqwa.
.
Tahniah diucapkan buat kegigihan dan kesungguhan persatuan ini dan didoakan semoga aktiviti di PRSP Paroi akan bertambah rancak lagi di masa-masa akan datang.
.
Suasana pentas sebelum program bermula
Sdr Syamsul (Pengerusi) ketika bersama dengan beberapa AJK sebelum program bermula
Banner yang tertera wajah penceramah undangan
Pn Samsiah (Mak Long) yang masih sibuk dengan persiapan di dapur
Goodie Bags yang telah siap tersedia untuk dihadiahkan kepada para tetamu
Suasana sibuk di bahagian persediaan makanan

Suasana di bawah khemah jamuan yang telah siap disusun atur
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: