Sunday, April 17, 2011

Majlis Perasmian Persatuan Wanita Islam An-Nisa'

Satu Majlis Perasmian Persatuan Wanita Islam An-Nisa' telah diadakan pada 17 April 2011 bertempat di perkarangan Blok A, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Persatuan ini yang telah sekian lama mengorak langkah kini dirasmikan dengan jayanya oleh Tn Hj Samsuddin bin Hj Awaluddin, Imam Masjid At-Taqwa.

Turut hadir, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang juga merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi.

Sdr Syamsul (gambar) menerusi ucapannya berpesan agar Persatuan ini akan memainkan peranan penting di dalam merubah persepsi masyarakat di sini serta menyebarkan dakwah Islam yang suci dan murni agar ajaran Islam dapat dibudayakan di dalam kehidupan penduduk di sini. Beliau juga berharap agar segala anasir-anasir buruk di dalam masyarakat dapat dikurangkan menerusi aktiviti-aktiviti agama yang dijalankan oleh persatuan ini serta berusaha merapati masyarakat agar masyarakat dapat menerima ajaran Islam yang sebenar.

MPP dan KRT juga bersedia membantu dari segi sokongan moral dan tenaga kerja supaya aktiviti yang baik ini dapat digerakkan secara bersama.

Di dalam ucapan perasmian oleh Tn Hj Samsuddin pula, beliau menegaskan bahawa penduduk seharusnya bersyukur disebabkan lokasi perumahan di sini yang sangat hampir dengan Masjid. Maka, penduduk di sini harus sama-sama mengimarahkan masjid dan menyertai setiap program program-program yang dijalankan oleh masjid. Hanya dengan ke masjid kita mampu mengawal diri kita daripada melakukan kemaksiatan.

Ini perlu kerana dewasa ini, gejala sosial kian menular serta membimbangkan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Oleh yang demikian peranan perlu dimainkan semua bagi memastikan semua perkara ini mampu kita atasi. Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas di atas penubuhan Persatuan ini dan harapan beliau sama juga sepertim pesanan Sdr Syamsul tadi, bahawa komitmen serta usaha berterusan perlu dijalankan bagi memastikan Persatuan ini mampu bertahan.

Sebaik sahaja selesai upacara perasmian, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati dan seterusnya jamuan makan tengahari.

Tn Hj Samsuddin ketika menyampaikan ucapan perasmian Di antara ahli Persatuan Wanita Islam An-Nisa' yang berkesempatan hadir

Sdr Syamsul (kanan sekali) turut sama mendengar ucapan perasmian


Pn Hjh Noresah selaku Pengerusi Persatuan Wanita Islam An-Nisa'


Pelbagai pesanan dan amanat yang disampaikan


Duduk kembali di kerusi VVIp sebaik sahaja selesai ucapan perasmian

Ada sesuatu yang melucukan tatkala Tn Hj Samsuddin berbicara dengan Sdr Syamsul

Di meja makan utama
Kaum ibu mula mendapatkan jamuan yang telah disediakan
Suasana di meja makan utama
Masing-masing berbaris mendapatkan makanan
Suasana jamuan di bawah khemah

Disediakan oleh : EDITOR

No comments: