Thursday, March 24, 2011

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Menanti Ketibaan...

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Suasana ketika menanti ketibaan Penceramah serta Tetamu Jemputan
.
Berikut dirakamkan suasana ketika majlis sedang menanti ketibaan YBhg Ustaz Norazman Mohamad (Imam Masjid Jamek Ampangan) selaku penceramah undangan, dan juga kehadiran Tn Hj Lokman Omar dan Tn Hj Ismail Ahmad yang mana kedua-duanya bertindak selaku wakil kepada Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua, MPS) yang tidak dapat hadir ke program ini.
.
Dirakamkan juga suasana kehadiran yang tetap meriah meskipun diawal program diiringi oleh hujan renyai-renyai.
.
Dari kiri; Sdr Syamsul Amri Ismail (Pengerusi MPP/KRT), Sdr Nazaruddin Abas (Setiausaha MPP/KRT) dan Sdr Md Yusof Alias (Timb. Pengerusi I MPP/KRT)
Sdr Yusof dan Pn Zubaidah yang berpayung akibat hujan
Orang ramai yang mula memenuhi tempat duduk di bawah khemah utama
Sdr Azman Ab Hamid (Jawatankuasa) yang sedang mengedarkan phamplet aturcara kepada semua yang hadir
Ruang tempat duduk kaum wanita yang sudah mulai penuh
Di ruang tempat duduk lelaki yang masih mempunyai ruang
Jawatankuasa mula menambah bilangan kerusi tempat duduk apabila melihat hujan yang mulai reda

Pn Zubaidah Mohd Zin yang merupakan Bendahari MPP/KRT
Barisan pemain kompang yang bakal mengalunkan paluan kompang sebaik sahaja ketibaan penceramah jemputan
Sdr Syamsul kelihatan berbincang sesuatu bersama Tn Hj Lokman Omar (Pengarah Jab Perancang Bandar MPS) dan juga Sdr Nazaruddin (Setiausaha)
Sdr Daud yang kelihatan ceria semasa baru tiba disambut oleh Sdr Md Yusof Alias
Sdr Selamat Ibrahim(Jawatankuasa) dan Sdr Zulkefli yang bertugas menjaga keselamatan dan lalulintas
Sdr Kamsani (Jawatankuasa), Mohd Nor Shaer (Jawatankuasa) memberitahu sesuatu kepada salah seorang pemain kompang
Sdr Syamsul ceria bersama Tn Hj Lokman dan En Daud Ahmad

Suasana tenang ketika menanti ketibaan Penceramah Jemputan
Sdr Azman Ab Hamid yang kelihatan ceria

Sdr Syamsul memberitahu sesuatu kepada Sdr Nazaruddin
Si anak kecil yang turut hadir dilayan oleh Sdr Kamsani
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: