Sunday, September 5, 2010

Majlis Berbuka Puasa & Khatam Al-Qur'an

4 September 2010, Paroi : Majlis khatam Al-Qur'an dan Berbuka Puasa telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Majlis telah bermula sejak jam 5.30 petang apabila peserta Tadarus Al-Qur'an melangsungkan acara khatam Al-Qur'an. Para peserta Tadarus yang terlibat terdiri daripada 8 orang peserta.
.
Sebaik sahaja selesai acara khatam Al-Qur'an majlis bersambung dengan acara berbuka puasa pada jam 7.18 malam iaitu ketika masuknya waktu berbuka. Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi, tiba kira-kira jam 6.50 petang bersama keluarga beliau bagi turut sama menyertai program yang telah dirancangkan ini. Acara berbuka puasa disajikan dengan pulut kuning dan sambal ikan bilis. Kesemua menu disediakan oleh Jawatankuasa Wanita KRT dengan diketuai oleh Pn Samsiah Rais atau lebih dikenali dengan panggilan 'Mak Long'
.
Selepas selesai berbuka puasa, kesemua yang hadir bersolat Maghrib secara berjemaah dengan dipimpin oleh Sdr Syamsul sendiri. Dan sebaik sahaja selesai solat Maghrib, acara penyampaian cenderahati buat kesemua peserta Tadarus telah berlangsung. Kesemua cenderahati telah disampaikan sendiri oleh Sdr Syamsul Amri.
.
Hadiah-hadiah untuk peserta Tadarus berupa Al-Qur'an Terjemahan. Untuk Imam-Imam Tarawih turut disediakan sedikit cenderahati berupa Al-Qur'an dan begitu juga jemaah Tarawih lelaki yang datang tetap di Surau telah dihadiahkan minyak atar untuk kegunaan solat. Kesemua cenderahati telah disumbangkan oleh Jawatankuasa KRT PRSP Paroi.
.
Sebaik sahaja selesai penyampaian cenderahati Sdr Syamsul dan kesemua yang ahdir telah menikmati jamuan makan malam yang disediakan.
.
Dan selepas itu, apabila masuknya waktu Isya' acara bersambung dengan acara solat Isya' Solat Tarawih dan Solat Witir yang juga diimamkan oleh Sdr Syamsul Amri.
.
Tahniah diucapkan buat kesemua Jawatankuasa yang terlibat di atas penganjuran ini dan adalah diharapkan tahun-tahun akan datang akan dapat menarik lebih ramai lagi peserta Program Tadarus Al-Qur'an ini.
.
Mak Long yang bertungkus lumus mempersiapkan hidangan berbuka puasa
Di antara AJK Wanita yang turut sama membantu


Sebaik sahaja selesai Solat Maghrib, Sdr Syamsul (Pengerusi KRT) dan Sdr Nazaruddin (Setiausaha KRT) bersiap sedia untuk menyampaikan cenderahati
Penyampaian cenderahati Tadarus Al-Qur'an
Penerima pertama
Penerima kedua
Penerima ketiga
Penerima keempat
Penerima kelima
Penerima keenam
Penerima ketujuh
Penerima kelapan
Pn Seti Maimunah menyumbangkan cenderahati kepada Imam TarawihEn Meon turut menerima cenderahati daripada Pn Seti Maimunah selaku Imam Tarawih
En Meon turut menerima sumbangan cenderahati sebagai salah seorang Imam Tarawih yang bertugas di sepanjang bulan Ramadhan
Sdr Syamsul turut menyampaikan hadiah Imam Tarawih kepada Ustaz Bakar yang mana cenderahati diterima oleh isteri Ustaz Bakar selaku wakil
Suasana jamuan minum malam sebaik sahaja selesai Solat Tarawih
Menikmati jamuan dengan suasana cukup ceria
Ada kuih-muih, tepung pelita, buah pisang dan macam-macam lagi
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: