Wednesday, October 8, 2014

Program Takbir Aidil Adha 1435 Hijrah PRSP Paroi

4 Oktober 2014, Seremban : Satu Majlis Solat Berjemaah, Takbir Aidil Adha 1435 Hijrah dan Jamuan Malam Raya telah diadakan bertempat di Perkarangan Blok C dan D, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini merupakan program usahasama di antara Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi dengan kerjasama utuh daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Program bermula dengan Solat Maghrib Berjemaah yang diketuai oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi dan diikuti dengan Takbir Raya Aidil Adha beramai-ramai. Program kemudiannya bersambung dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang disampaikan oleh Adik Ridzuan bin Ma'un yang berusia 11 tahun.

Selepas Solat Isya' semua hadirin menikmati jamuan yang telah disediakan oleh Jawatankuasa KRT PRSP Paroi. Turut hadir sama ke Program ini, Tuan Hj Lokman bin Omar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Perbandaran Seremban.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program ini berlangsung.

 

Disediakan oleh : EDITOR

No comments: