Wednesday, October 8, 2014

Kem Motivasi "Smart Solat" di Ilham Resort, Port Dickson

24 Julai 2014, Seremban : Satu Program Motivasi "Kem Smart Solat" telah diadakan bertempat di Ilham Resort, Port Dickson. Program ini merupakan program kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi.

Program ini melibatkan lebih 80 orang anak-anak PRSP Paroi. Mereka berkampung di Port Dickson selama 3 hari 2 malam dengan pengisian kerohanian yang pastinya sangat bermanfaat dan bermakna kepada diri mereka dan keluarga mereka.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan iaitu detik-detik sebelum peserta berlepas ke Port Dickson serta detik-detik kembalinya mereka di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.

DETIK-DETIK SEBELUM BERTOLAK KE PORT DICKSON
 
DETIK-DETIK KETIBAAN SEMULA DI PRSP PAROI...
 

Disediakan oleh : EDITOR

No comments: