Sunday, March 18, 2012

Program Pembaharuan Takaful Khairat PRSP Paroi

18 Mac 2012, Seremban : Satu program pembaharuan Skim Takaful Khairat Kematian telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program tersebut merupakan acara tahunan yang mana memberi peluang kepada para penduduk mencarum di dalam skim yang begitu murah iaitu hanya dengan yuran RM 15 untuk setahun.

Dengan carumah sebanyak RM 15 ini sekiranya berlaku kematian, keluarga penama akan menerima RM 1,000 dan kematian tanggungan pula layak menerima sebanyak RM 500 bagi urusan pengurusan jenazah.

Bagi akaun untuk tahun 2012/2013 ini, seramai lebih 40 orang yang telah mendaftarkan nama. Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi berkata, "Ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh pihak KRT bagi menjaga kebajikan para penduduk di sini. Kerana, dengan kadar serendah ini, semua penduduk tidak perlu risau berkaitan urusan kematian di mana pampasan yang yang ditawarkan oleh pihak Takaful sememangnya sangat berbaloi".

Program ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari. Menerusi program ini juga, Sdr Syamsul mewakili KRT PRSP Paroi turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak penduduk yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program tersebut berlangsung.


Di antara penduduk yang berkesempatan hadirMenikmati jamuan ringan sebaik sahaja selesai taklimatAda yang menyemak senarai nama pencarumDi antara barisan AJK yang menjayakan program iniBergambar kenangan sebaik sahaja program selesaiBergambar bersama Sdr Syamsul (Pengerusi KRT PRSP Paroi)

Danish Amri (anak Pengerusi) yang turut sama hadir


Disediakan oleh : EDITOR

No comments: