Monday, March 12, 2012

KRT PRSP Paroi Prihatin Terhadap Mangsa Kebakaran

Pada 25 Februari 2012 yang lalu, telah berlakunya satu insiden kebakaran di kediaman Pn Rosnani Md Ali di Blok F, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Semasa kejadian tersebut berlaku, Pn Rosnani dan anak-anaknya sedang bersolat di Masjid At-Taqwa sesudah selesainya Program Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah dilangsungkan di Masjid At-Taqwa. Ketika bomba tiba di tempat kejadian, rumah Pn Rosnani telah memusnahkan sebahagian besar rumah Pn Rosnani. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.


Di atas keprihatinan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi yang diterajui oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, satu majlis penyampaian bantuan secara ringkas telah diadakan di Rumah Tamu MPS yang kini menjadi penempatan sementara bagi Pn Rosnani dan kedua-dua anaknya hasil daripada keprihatinan YBhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.


Sdr Syamsul dan sekelian Ahli Jawatankuasanya menyampaikan sumbangan berbentuk set dapur gas, kelengkapan bekalan makanan dan masakan selama sebulan dan sedikit wang tunai bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini.


Pn Rosnani juga telah menerima rumah baru daripada MPS di Blok F-2-2 yang mana jika tiada masalah, berkemungkinan beliau akan berpindah sepenuhnya mulai minggu akan datang. "Kita faham bahawa masalah yang dihadapi dengan Pn Rosnani, justeru adalah diharapkan dengan bantuan seperti ini akan dapat meringankan beban keluarga ini yang pastinya dilanda trauma ekoran daripada kejadian ini", ulas Sdr Syamsul ketika ditanya berkenaan program ini.


Ketika penyampaian sumbangan ini berlangsung iaitu lebih kurang jam 10.15 malam, KRT PRSP Paroi baru sahaja selesai mengadakan mesyuarat mingguannya di Bilik Gerakan PRSP Paroi.


Sdr Syamsul mendengar penjelasan Pn Rosnani berkaitan insiden yang menimpa keluarganyaSdr Syamsul menerangkan bentuak bantuan yang dihulurkan kepada keluarga Pn RosnaniSdr Syamsul turut berbual dengan anak sulung Pn Rosnani yang kini belajar dalam Tingkatan 2 di Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR)En Suhadi dan En Othman leka mendengar penerangan yang disampaikan oleh Sdr SyamsulEn Kamsani (duduk), Pn Rahmah dan Pn Nazura, antara AJK yang turut hadir ke majlis penyampaian bantuan ini.


Disediakan oleh : EDITOR

No comments: