Saturday, April 17, 2010

Program Penyampaian Dana Kepada Persatuan

Penyampaian Sumbangan Dana
Kepada
JKKK, Masjid, PIBG dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Parlimen Rembau
.
16 April 2010
.
Disampaikan oleh
.
YB Tuan Hj Khairy Jamaludin Abu Bakar
Ahli Parlimen Rembau
.
.
Satu majlis penyampaian sumbangan dana telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Rembau pada 16 April 2010. Majlis ini dihadiri oleh sekelian pemimpin-pemimpin yang mewakili JKKK, PIBG, Masjid dan KRT yang berada di dalam kawasan Parlimen Rembau.
.
YB Khairy yang tiba pada jam 10.00 pagi telah menyampaikan ucapan berupa amanat kepada sekelian pemimpin agar menjaga kawasan masing-masing sebaiknya dan membuat tadbir urus kewangan sebaiknya memandangkan sumbangan kewangan bukanlah banyak tetapi jika ditadbirkan dengan baik mampu menjana aktiviti yang mampu membangunkan masyarakat setempat.
.
Beliau kemudiannya telah menyampaikan sendiri sumbangan kepada kesemua pemimpin-pemimpin yang hadir pada majlis ini.
.
KRT PRSP Paroi juga hadir dengan kehadiran Sdr. Syamsul Amri Ismail (Pengerusi KRT), Pn Rahmah Rahmat (Pengerusi Jiran Wanita), Pn Seti Maimunah (AJK) dan Pn Juriah Abd Latif (AJK). KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan daripada pihak YB Tuan Khairy Jamaludin.
.
Suasana dalam dewan sebelum majlis bermula
Hadirin mula mengambil tempat yang telah dikhaskan
Dewan mulai penuh sesak dengan pemimpin-pemimpin masyarakat
Suasana riuh rendah dalam dewan sebelum ketibaan YB Ahli Parlimen
Suasana di atas pentas yang telah bersedia menanti kehadiran VVIP
Pengerusi Majlis mengambil tempat setelah ketibaan YB Ahli Parlimen
Kelihatan di atas pentas dari kiri; Ketua Polis Daerah Rembau, YB Ahli Parlimen, Tn Hj Mohd Daf (Pengerusi JKKK Rembau) dan Wakil Pejabat Tanah & Daerah Rembau
Kelihatan tenang di atas pentas utama
Dimulakan dengan sesi bacaan doa
YB Tuan Hj Khairy Jamaludin memulakan ucapan
Menyampaikan amanat dan pesanan buat kesemua pemimpin masyarakat yang hadir
Bermulalah sesi penyampaian dana
Pengerusi-pengerusi persatuan tampil menerima sumbangan
Sdr Syamsul (Pengerusi KRT PRSP) tampil ke atas pentas menerima sumbangan
Sebaik sahaja selesai SdrPengerusi KRT. Syamsul membentangkan kertas kerja berkenaan program yang bakal dilaksanakan untuk perhatian YB Tuan Khairy Jamaludin.
Sdr. Syamsul sempat merakamkan gambar kenangan bersama YB Tuan Hj Khairy Jamaludin Abu Bakar (Ahli Parlimen Rembau)
Sebelum menaiki kenderaan untuk pulang masih sempat melayani aduan rakyat
Aduan diterima dan dilayan dengan penuh kesabaran
Aduan rakyat sentiasa menjadi keutamaan pemimpin
Sekali lagi terima kasih diucapkan di atas keprihatinan dan bantuan YB Tuan Khairy Jamaludin
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Kenduri Kesyukuran Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Majlis Bacaan Yasiin, Tahlil & Doa Selamat Kesyukuran

Bersempena Kejayaan Program Maulidur Rasul 1431 Hijrah Yang Lepas

anjuran

KRT PRSP Paroi & Jawatankuasa Surau PRSP

15 April 2010

Bertempat di Surau PRSP Paroi

.

Satu majlis bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat Kesyukuran telah diadakan di Surau PRSP Paroi pada 15 April 2010 sebagai tanda kesyukuran selamat dan berjayanya program Maulidur Rasul 1431 Hijrah yang telah berlangsung pada 9 April 2010 yang lalu. Program ini telah dimulakan pada waktu Maghrib dengan Solat Berjemaah di Surau PRSP Paroi.

.

Solat Maghrib berjemaah telah diimamkan oleh Saudara Syamsul Amri Ismail (Pengerusi KRT PRSP Paroi). Selepas selesai Solat Maghrib berjemaah, majlis diteruskan dengan bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat. Kemudiannya, majlis disambung dengan solat Isya' berjemaah. Sebaik selesai solat Isya' berjemaah, berlangsunglah upacara jamuan makan, yang mana hidangan telah disediakan oleh AJK KRT PRSP Paroi.

.

Hidangan kampung yang enak benar-benar menyelerakan kesemua penduduk yang hadir ke program ini. Terima kasih di atas sokongan semua pihak di dalam menjayakan majlis ini.

.

Suasana Solat Isya' selepas selesai program bacaan Yasiin, Tahlil dan Doa Selamat Kesyukuran
Di antara penduduk yang turut berjemaah dalam Solat Isya' Suasana Isya' yang benar-benar tenang dan harmoni Jemaah yang memenuhi ruang Surau PRSP Paroi Menjamu selera beramai-ramai dengan hidangan yang menyelerakan Lauk yang dihidangkan, ayam masak berlada, gulai telur itik campur pucuk ubi, sambal gesek dan ikan masin bulu ayam. Memang menyelerakan Suasana di kawasan jemaah wanita Kelihatan meriah tatkala waktu makan bermula

.

.

Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Dialog Keselamatan PDRM Bersama KRT di Balai Polis Senawang

Majlis Dialog & Taklimat Keselamatan
Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN)
bersama
Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga Zon 4
.
13 April 2010
.
Bertempat di Balai Polis Senawang.
.
Satu program majlis makan malam dan dialog telah diadakan di antara pihak Polis DiRaja Malaysia bersama Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) serta Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon 4. Program ini telah diadakan di Balai Polis Senawang pada 13 April 2010 bermula pada jam 8.30 malam.
.
PDRM telah diketuai oleh Tuan DSP Saiful Azly Kamarudin manakala JPNIN telah diwakili oleh En. Mohd Fadzli Ibrahim. Program telah dimulakan dengan jamuan makan malam dan didikuti berikutnya dengan majlis dialog. Pelbagai soalan dikemukakan oleh pengerusi-pengerusi KRT berkaitan aspek keselamatan di kawasan masing-masing. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini, dapat mengeratkan lagi hubungan baik di antara pihak PDRM, JPNIN serta KRT-KRT di dalam kawasan ini sendiri.
.
Pada program ini KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) telah diwakili oleh Saudara Syamsul Amri Ismail (Pengerusi), En Nazaruddin Abas (Setiausaha), Pn Rahmah Rahmat (Pengerusi Jiran Wanita), En Kamsani Mohd Nor (AJK) dan En Azman Ab Hamid (AJK).
.
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras KRT Zon 4 di atas inisiatif ini.
.
Suasana ketika ketibaan kesemua KRT dalam Zon 4
En Azman kelihatan ceria bersama Pn Rahmah (Kak Ngah)
Saudara Syamsul (Pengerusi) bersama Saudara Nazaruddin (Setiausaha) yang turut hadir
En Kamsani yang turut serta tidak ketinggalan menyertai program ini
Ucapan serta sedikit taklimat oleh En Fadzli Ibrahim (JPNIN)
Taklimat ringkas diberikan berkaitan dengan program yang dilaksanakan
Tuan DSP Saiful Azly menyampaikan taklimat sebelum majlis dibuka untuk sesi dialog
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Gambar-Gambar Persediaan Program Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang sempat dirakamkan ketika persediaan program Maulidur Rasul 1431 Hijrah pada 9 April 2010. gambar-gambar berikut adalah gambar pada ketika sehari sebelum program (8 April 2010)
. Bertungkus-lumus membuat pemasangan dan penyusunan semula khemah
Tindakan secara bekerjasama membuahkan hasil yang baik
Hamidi dan Sabarudin bekerja keras mengepalai tindakan memasang khemahTugas ini tidak akan menjadi mudah jika dijalankan sendirian
Sementara itu di dalam bilik Gerakan KRT Pn Rahmah (Kak Ngah) bersama AJK Wanita yang lain bertungkus lumus dengan persiapan-persiapan lain
Pn Seti menggubah bunga telur
Ada juga yang menjamu selera....
Semuanya dilakukan secara bergotong royong
Kakitangan MPS yang berusaha menyiapkan khemah pentas utama agar kelihatan menarik
Susunan yang hanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar
Ini pula gambar yang dirakamkan pada 9 April 2010 jam 3.00 petang di mana Persatuan Fardhu Ain PRSP Paroi dan kumpulan berzanji daripada Pancor Jaya mengadakan program Berzanji dan Marhaban di Surau
Program yang mendapat sambutan daripada jemaah wanita
Ini pula kesibukan petugas-petugas daripada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengadakan kaunter semakan daftar Pengundi
Ini pula merupakan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Jabatan Kesihatan Daerah Seremban. Ramai juga yang datang memeriksa tahap kesihatan masing-masing
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Program Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah / 2010 Miladiyah

Program Sambutan Maulidur Rasul
1431 Hijrah / 2010 Miladiyah
9 April 2010
.
Anjuran
.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi
.
Pada 9 April 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Program Maulidur Rasul 1431 Hijrah bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Program ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan menyaksikan kehadiran kira-kira 600 orang tetamu dari dalam dan luar PRSP Paroi. YAB Dato' Seri Utama telah tiba kira-kira jam 8.15 malam dan diarak menuju ke khemah utama bagi sama-sama menyaksikan program forum yang disediakan oleh pihak penganjur. Program maulidur rasul yang telah masuk kali kelima penganjurannya oleh pihak KRT PRSP Paroi ini telah mendapat pujian daripada YAB MB di dalam ucaptamanya sebelum bermulanya program forum.
.
Sebelum ucapan amanat disampaikan oleh YAB Menteri Besar, Saudara Syamsul Amri Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi terlebih dahulu telah menyampaikan ucapan tanda apresiasi buat semua yang terlibat bagi menjadikan program forum perdana ini menjadi suatu realiti, khususnya buat YAB Menteri Besar yang telah sekian lama menghulurkan bantuan dan sokongan baik dari segi sokongan moral mahupun bantuan kewangan. Beliau juga tidak terlupa mengucapkan terima kasih buat YBhg Dato' Yang DiPertua MPS yang juga telah banyak menyumbang kepada aktiviti-aktiviti persatuan, antaranya dengan sumbangan Bilik Gerakan KRT serta Surau bagi kemudahan beribadat buat sekelian penduduk.
.
Panel forum perdana pada program ini ialah Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanapi (Imam Masjid Bandar Baru Nilai) dan Ustazah Hajah Rohani binti Haji Mohd Nor (Bekas Pengajar Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia). YAB MB telah menasihatkan agar penduduk di PRSP Paroi di sini akan menjaga kemudahan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak MPS. Beliau juga menasihatkan agar anak-anak berusaha dengan gigih, belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib dan masa depan keluarga.
.
Beliau menyatakan lagi bahawa beliau sangat faham akan kesusahan yang dihadapi oleh sekelian penduduk kerana beliau sendiri asalnya bukanlah seorang yang hidup senang, dan beliau telah berusaha bersungguh-sungguh demi mengubah nasib hidup.
.
Sebaik sahaja selesai forum pada jam 9.45 malam, YAB MB telah berkesempatan menikmati jamuan makan malam bersama kesemua tetamu kehormat sebelum berangkat ke program lain yang telah diaturkan.
.
Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program sambutan Maulidur Rasul ini. Malahan ia akan dijadikan penyuntik semangat ke arah melaksanakan lebih banyak program yang bermanfaat demi memajukan sahsiah dan pembangunan masyarakat di PRSP Paroi ini, insya Allah.
.

YAB Menteri Besar tiba tepat jam 8.15 malam seperti yang dijadualkan

YAB Menteri Besar turut diiringi YBhg Dato Yang DiPertua, MPS
Program dimulakan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad
Selawat diketuai oleh AJK Surau PRSP Paroi Saudara Ma'un
Kaum Wanita turut sama berselawatSdr Syamsul selaku Pengerusi KRT menyampaikan ucapan alu-aluan
YAB Menteri Besar menyampaikan amanat kepada semua yang hadir
Amanat yang disampaikan cukup mendalam dan bermakna
Ahli panel mengambil tempat
Orang ramai yang menghadiri program ini
Kenamaan turut terusik dengan humor yang sekali sekal dibawakan oleh ahli panel
Ustazah Hjh Rohani menyampaikan jawapan yang cukup menarik dan bernasSebaik selesai forum dan penyampaian cenderahati, Pengerusi KRT menyampaikan cenderahati penghargaan buat YAB Menteri Besar
YAB Menteri Besar bersama Pengerusi dan jemputan menikmati hidangan yang disediakan
Ustazah Hjh Rohani di ruang jamuan yang disediakan
Kesemua Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bergambar kenangan bersama kesemua tetamu kehormat
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR