Saturday, April 17, 2010

Program Sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah / 2010 Miladiyah

Program Sambutan Maulidur Rasul
1431 Hijrah / 2010 Miladiyah
9 April 2010
.
Anjuran
.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi
.
Pada 9 April 2010 yang lalu, telah berlangsungnya Program Maulidur Rasul 1431 Hijrah bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir ialah Y.Bhg Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban.
.
Program ini telah berlangsung dengan meriahnya dengan menyaksikan kehadiran kira-kira 600 orang tetamu dari dalam dan luar PRSP Paroi. YAB Dato' Seri Utama telah tiba kira-kira jam 8.15 malam dan diarak menuju ke khemah utama bagi sama-sama menyaksikan program forum yang disediakan oleh pihak penganjur. Program maulidur rasul yang telah masuk kali kelima penganjurannya oleh pihak KRT PRSP Paroi ini telah mendapat pujian daripada YAB MB di dalam ucaptamanya sebelum bermulanya program forum.
.
Sebelum ucapan amanat disampaikan oleh YAB Menteri Besar, Saudara Syamsul Amri Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi terlebih dahulu telah menyampaikan ucapan tanda apresiasi buat semua yang terlibat bagi menjadikan program forum perdana ini menjadi suatu realiti, khususnya buat YAB Menteri Besar yang telah sekian lama menghulurkan bantuan dan sokongan baik dari segi sokongan moral mahupun bantuan kewangan. Beliau juga tidak terlupa mengucapkan terima kasih buat YBhg Dato' Yang DiPertua MPS yang juga telah banyak menyumbang kepada aktiviti-aktiviti persatuan, antaranya dengan sumbangan Bilik Gerakan KRT serta Surau bagi kemudahan beribadat buat sekelian penduduk.
.
Panel forum perdana pada program ini ialah Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanapi (Imam Masjid Bandar Baru Nilai) dan Ustazah Hajah Rohani binti Haji Mohd Nor (Bekas Pengajar Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia). YAB MB telah menasihatkan agar penduduk di PRSP Paroi di sini akan menjaga kemudahan sebaik-baiknya sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak MPS. Beliau juga menasihatkan agar anak-anak berusaha dengan gigih, belajar bersungguh-sungguh demi mengubah nasib dan masa depan keluarga.
.
Beliau menyatakan lagi bahawa beliau sangat faham akan kesusahan yang dihadapi oleh sekelian penduduk kerana beliau sendiri asalnya bukanlah seorang yang hidup senang, dan beliau telah berusaha bersungguh-sungguh demi mengubah nasib hidup.
.
Sebaik sahaja selesai forum pada jam 9.45 malam, YAB MB telah berkesempatan menikmati jamuan makan malam bersama kesemua tetamu kehormat sebelum berangkat ke program lain yang telah diaturkan.
.
Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat bagi menjayakan program sambutan Maulidur Rasul ini. Malahan ia akan dijadikan penyuntik semangat ke arah melaksanakan lebih banyak program yang bermanfaat demi memajukan sahsiah dan pembangunan masyarakat di PRSP Paroi ini, insya Allah.
.

YAB Menteri Besar tiba tepat jam 8.15 malam seperti yang dijadualkan

YAB Menteri Besar turut diiringi YBhg Dato Yang DiPertua, MPS
Program dimulakan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad
Selawat diketuai oleh AJK Surau PRSP Paroi Saudara Ma'un
Kaum Wanita turut sama berselawatSdr Syamsul selaku Pengerusi KRT menyampaikan ucapan alu-aluan
YAB Menteri Besar menyampaikan amanat kepada semua yang hadir
Amanat yang disampaikan cukup mendalam dan bermakna
Ahli panel mengambil tempat
Orang ramai yang menghadiri program ini
Kenamaan turut terusik dengan humor yang sekali sekal dibawakan oleh ahli panel
Ustazah Hjh Rohani menyampaikan jawapan yang cukup menarik dan bernasSebaik selesai forum dan penyampaian cenderahati, Pengerusi KRT menyampaikan cenderahati penghargaan buat YAB Menteri Besar
YAB Menteri Besar bersama Pengerusi dan jemputan menikmati hidangan yang disediakan
Ustazah Hjh Rohani di ruang jamuan yang disediakan
Kesemua Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bergambar kenangan bersama kesemua tetamu kehormat
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: