22 Disember 2010, Paroi : Satu program kembara "Jelajah One Malaysia" ataupun JOM telah diadakan di PRSP Paroi. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan lepas. Program di PRSP Paroi ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Tuan Hj Khairy Jamaludin yang juga merupakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Beliau yang telah memasuki hari keenam di dalam siri jelajahnya baru sahaja tiba daripada Jempol untuk program yang sama.
.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Azman bin Hassan, Setiausaha UMNO Negeri Sembilan yang juga Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan.
.
Sebaik sahaja ucaptama daripada YB Tuan Hj Khairy selesai majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan beg sekolah untuk kira-kira 450 orang anak-anak yang mendiami Pangsapuri Rakyat Seri Perdana. Program ini telah turut dihadiri oleh Sdr Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi.
.






No comments:
Post a Comment