Sunday, October 24, 2010

Seminar "smartbelanja" oleh LPPKN

24 Oktober 2010, Seremban : Satu seminar "smartbelanja" telah dianjurkan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Negeri Sembilan bertempat di Dewan Pavillion, LPPKN, di Seremban 2.
.
Program ini merupakan progran kali kedua diadakan setelah diadakan kali pertama buat peserta-peserta dari kalangan penduduk Felda Palong 8.
.
Kali ini, kumpulan sasarannya adalah penduduk daripada Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini mendapat sambutan baik dari kalangan penduduk.
.
Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (gambar), "saya berasa sangat yakin, akan lebih ramai lagi boleh terlibat menyertai program ini jika sekiranya di adakan di PRSP Paroi sendiri. Kerana, kebanyakan penduduk yang berminat hadir tidak dapat berbuat demikian ekoran daripada kekangan kenderaan. Maka saya mencadangkan agar program ini diadakan sekali lagi di PRSP Paroi, malahan pihak Jawatankuasa sendiri sanggup memberikan khidmat selaku urusetia program bersama-sama pihak LPPKN".
.
Ketika ditanya mengenai pandangan beliau mengenai program ini, "Program ini sememangnya merupakan satu program yang baik bagi mendidik masyarakat agar bijak dalam berbelanja serta mampu membezakan di antara kehendak dan keperluan. Dengan cara ini, wang pendapatan akan dapat dibelanjakan secara optimum tanpa menidakkan keperluan tabungan".
.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, Puan Suriani Buang. Program yang bermula sejak jam 8.30 pagi berakhir kira-kira jam 4.00 petang.
.
Suasana ketika ceramah 'money hunter' sedang dijalankan
Di antara peserta yang hadir
Penceramah menerangkan tentang konsep berbelanja yang sebenar
Slide yang dipaparkan untuk perhatian semua
Para peserta menerima sijil penyertaan












.
.
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: