Monday, December 27, 2010

Karnival Sukan PRSP Paroi : Acara Penutup

Karnival Sukan PRSP Paroi
Kompleks Sukan Paroi
25 Disember 2010
.
Upacara Penutup
.
Pengerusi dan Timb. Pengerusi ketika menyaksikan pertandingan akhir Sepak Takraw



Pengerusi menyampaikan sepatah dua kata ketika upacara penutup
Hadiah-hadiah yang bakal disampaikan

Bermulalah acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang































.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Ceramah Maal Hijrah 1432 Hijrah

Ceramah Maal Hijrah 1432 Hijrah
24 Disember 2010
Masjid Al-Taqwa, Paroi
.
Satu program ceramah telah dilangsungkan di Masjid Al-Taqwa. Program tersebut telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Tqwa. Penceramah undangan bagi program ini adalah YBhg Ustaz Norazamir Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
.
Program ini telah turut dihadiri oleh Sdr Syamsul, Pengerusi KRT PRSP Paroi bersama-sama Setiausaha beliau iaitu Sdr Nazaruddin bin Abas.
.
Ini merupakan program ilmu pertama Masjid ini yang baru sahaja siap digunakan mulai Hari Raya Aidil Adha yang lalu.
.
Suasana jemaah ketika mendengar ceramah
Ust Norazamir ketika menyampaikan ceramah
Suasana di dalam ruang Solat utama
Tn Hj Shamsudin, Imam Masjid Al-Taqwa fokus mendengar ceramah yang disampaikan

Papan tanda Masjid yang cantik dan menarik
Masjid Al-Taqwa yang tersergam indah
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Thursday, December 23, 2010

Program Jelajah One Malaysia (JOM) di PRSP Paroi

22 Disember 2010, Paroi : Satu program kembara "Jelajah One Malaysia" ataupun JOM telah diadakan di PRSP Paroi. Program ini telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada bulan lepas. Program di PRSP Paroi ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Tuan Hj Khairy Jamaludin yang juga merupakan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia. Beliau yang telah memasuki hari keenam di dalam siri jelajahnya baru sahaja tiba daripada Jempol untuk program yang sama.
.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg Dato' Hj Azman bin Hassan, Setiausaha UMNO Negeri Sembilan yang juga Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan.
.
Sebaik sahaja ucaptama daripada YB Tuan Hj Khairy selesai majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan beg sekolah untuk kira-kira 450 orang anak-anak yang mendiami Pangsapuri Rakyat Seri Perdana. Program ini telah turut dihadiri oleh Sdr Syamsul Amri, Pengerusi KRT PRSP Paroi.
.
Suasana ketika ketibaan para tetamu
Ketika orang ramai mula memenuhi ruang di bawah khemah
Sdr Syamsul (Pengerusi KRT) bersama Pn Samsiah (AJK PRSP) duduk di tempat yang dikhaskan di bawah khemah
Khemah yang sudah dipenuhi oleh para tetamu
Di antara kanak-kanak yang bakal menerima bantuan beg sekolah
Suasana tempat duduk yang sudah penuh sesak
Kemeriahan program dapat dirasakan walaupun hujan turun dengan lebatSuasana ketika ketibaan YB Tuan Hj Khairy diumumkan
Kumpulan Tarian Singa bersedia membuat persembahan Kumpulan Kebudayaan India bermain gendang dan pelbagai peralatan ketika ketibaan YB Tuan Khairy Jamaludin
YB Tuan Khairy Jamaludin yang baru tiba bersalaman dengan semua yang hadir
Semua berdiri ketika menyanyikan lagu "Negara Ku" dan lagu "Barisan Nasional"
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR