Thursday, March 24, 2011

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Menanti Ketibaan...

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Suasana ketika menanti ketibaan Penceramah serta Tetamu Jemputan
.
Berikut dirakamkan suasana ketika majlis sedang menanti ketibaan YBhg Ustaz Norazman Mohamad (Imam Masjid Jamek Ampangan) selaku penceramah undangan, dan juga kehadiran Tn Hj Lokman Omar dan Tn Hj Ismail Ahmad yang mana kedua-duanya bertindak selaku wakil kepada Dato' Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif (Yang DiPertua, MPS) yang tidak dapat hadir ke program ini.
.
Dirakamkan juga suasana kehadiran yang tetap meriah meskipun diawal program diiringi oleh hujan renyai-renyai.
.
Dari kiri; Sdr Syamsul Amri Ismail (Pengerusi MPP/KRT), Sdr Nazaruddin Abas (Setiausaha MPP/KRT) dan Sdr Md Yusof Alias (Timb. Pengerusi I MPP/KRT)
Sdr Yusof dan Pn Zubaidah yang berpayung akibat hujan
Orang ramai yang mula memenuhi tempat duduk di bawah khemah utama
Sdr Azman Ab Hamid (Jawatankuasa) yang sedang mengedarkan phamplet aturcara kepada semua yang hadir
Ruang tempat duduk kaum wanita yang sudah mulai penuh
Di ruang tempat duduk lelaki yang masih mempunyai ruang
Jawatankuasa mula menambah bilangan kerusi tempat duduk apabila melihat hujan yang mulai reda

Pn Zubaidah Mohd Zin yang merupakan Bendahari MPP/KRT
Barisan pemain kompang yang bakal mengalunkan paluan kompang sebaik sahaja ketibaan penceramah jemputan
Sdr Syamsul kelihatan berbincang sesuatu bersama Tn Hj Lokman Omar (Pengarah Jab Perancang Bandar MPS) dan juga Sdr Nazaruddin (Setiausaha)
Sdr Daud yang kelihatan ceria semasa baru tiba disambut oleh Sdr Md Yusof Alias
Sdr Selamat Ibrahim(Jawatankuasa) dan Sdr Zulkefli yang bertugas menjaga keselamatan dan lalulintas
Sdr Kamsani (Jawatankuasa), Mohd Nor Shaer (Jawatankuasa) memberitahu sesuatu kepada salah seorang pemain kompang
Sdr Syamsul ceria bersama Tn Hj Lokman dan En Daud Ahmad

Suasana tenang ketika menanti ketibaan Penceramah Jemputan
Sdr Azman Ab Hamid yang kelihatan ceria

Sdr Syamsul memberitahu sesuatu kepada Sdr Nazaruddin
Si anak kecil yang turut hadir dilayan oleh Sdr Kamsani
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Perarakan Bersama Penceramah

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Perarakan Penceramah Bersama Tetamu Jemputan
Ke Khemah Utama Program
.
YBhg Ustaz Norazman ketika baru tiba disambut oleh Tn Hj Ismail Ahmad (Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman, MPS) dan juga En Daud Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS)
Ustaz Norazman dan Sdr Syamsul (Pengerusi) ceria ketika diarak sehingga ke khemah utama
Perarakan diiringi paluan kompang kumpulan kompang PRSP Paroi
Orang ramai berdiri menyambut ketibaan penceramah dan barisan tetamu jemputan

Ustaz Norazman, Tn Hj Ismail dan Tn Hj Lokman membaca phamplet aturcara yang disediakan
Sdr Syamsul (Pengerusi MPP/KRT) duduk di sebelah Ustaz Norazman

.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Selawat Ke Atas Nabi

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Berselawat ke Atas
Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
.
Pengerusi Majlis memulakan majlis
Suasana di atas pentas utama
Pengerusi begitu ceria ketika mengalu-alukan kehadiran semua ke majlis ini
Sdr Syamsul (Pengerusi) bersama Ustaz Norazman di tempat duduk utama
YBhg Ustaz Yusof, Imam 2 Masjid At-Taqwa membacakan doa selamat tanda pembukaan majlis
Semua hadirin mengaminkan bacaan doa
Berselawat ke atas Nabi dengan dipimpin oleh Sdr Meon yang juga merupakan salah seorang daripada barisan Jawatankuasa
Hadirin turut sama mengikuti lafaz Selawat yang dikumandangkan
Sementara itu, di ruang hidangan AJK sedang memberikan kanak-kanak agar dapat menjamu selera awal agar tidak menganggu perjalanan program seterusnya
Kanak-kanak yang diberikan jamuan lebih awal
Suasana di dalam dewan ketika persiapan hidangan dijalankan



Sdr Selamat mengusik salah seorang AJK ketika berada di dalam dewan
Pn Zarina Khalid (Jawatankuasa) yang sedang sibuk menyiapkan ruang hidangan utama untuk VVIP


Anak-anak yang sedang sibuk mengambil hidangan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Program Ceramah Bermula

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Program Ceramah Bermula
Ceramah Oleh
YBhg Ustaz Norazman Mohamad
Imam Masjid Jamek Ampangan / Trainer di Imthiyaz Training Centre
.
Sdr Nazaruddin sedang menyusun atur perjalanan program bersama Bendahari dan Pengerusi Jiran Wanita
Ustaz Norazman memulakan ceramahnya


Di antara orang ramai yang hadir

Sdr Syamsul dan barisan VVIP tekun mendengar





Sdr Nazaruddin sempat berbincang penyusunan senarai penerima hadiah bersama Pengerusi

.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR

Sambutan Maulud 1432 Hijrah : Penyampaian Cenderahati

Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah
18 Mac 2011
PRSP Paroi
.
Acara Penyampaian Cenderahati
.
Tn Hj Lokman Omar (Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPS) menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Norazman Mohamad selaku penceramah jemputan
Tn Hj Ismail Ahmad (Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman, MPS) menyampaikan cenderahati buat En Daud Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS)
Sdr Syamsul (Pengerusi) menyampaikan cenderahati buat Tn Hj Lokman
Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Ismail Ahmad
Sebaik tamat acara penyampaian cenderahati
Pengacara Majlis menjemput semua yang hadir menikmati hidangan yang telah disediakan
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR