Thursday, September 17, 2009

Mari Bertarawih si Surau PRSP Paroi !!

Surau Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi telah mula digunakan untuk Solat Tarawih pada 21 Ogos 2009. Pada Tarawih malam pertama ini, saudara Syamsul selaku Pengerusi MPP telah diberi penghormatan untuk menjadi Imam Pertama merasmikan program Solat Tarawih ini. Alhamdulillah jemaah yang hadir memberangsangkan! Selesai Solat tarawih, disambung pula dengan program Tadarus. Kepada semua yang berminat bolehlah menyertai program ini. Dijangkakan, Saudara Meon, Saudara Khairuddin, Saudara Roslan yang merupakan penduduk di sini akan menjadi Imam Tarawih secara bergilir-gilir.

Kelihatan jemaah yang menyertai Solat Tarawih berjemaah
Kelihatan juga Jemaah Wanita yang turut sama bertarawih
Disediakan oleh : EDITOR

Surau PRSP Paroi Siap Sedia Untuk Digunakan!

Alhamdulillah, berkat usaha serta keinginan sekelian AJK yang inginkan agar agama Islam terus di semarakkan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, maka telah berjaya usaha untuk mewujudkan sebuah Surau tempat ibadah bagi muslimin serta muslimat di PRSP Paroi. Terima kasih diucapkan kepada sekelian Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang telah berusaha keras memastikan ini berjaya. Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Ab Halim Abu Bakar, Shamrul Sari serta Hamizi Ramli yang telah bertungkus lumus memasang karpet di Surau demi keselesaan jemaah untuk bersolat nanti. Karpet telah mula dipasang pada 17 Ogos 2009 dan masalah bil tertunggak bekalan elektrik oleh pengguna terdahulu telah berjaya diselesaikan oleh MPP pada 18 Ogos 2009.
Terima kasih tidak terhingga buat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang telah sudi mewaqafkan Surau ini untuk kegunaan Muslimin serta Muslimat di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada Surau Taman Ampangan yang telah menyumbangkan sejumlah sejadah serta, kitab-kitab Yasiin untuk kegunaan jemaah bagi menambah bilangan yang sedia ada dibeli oleh MPP. Ucapan terima kasih juga buat penyumbang-penyumbang yang tidak mahu namanya disebutkan disini. Sesungguhnya jasa kalian ini, hanya Allah jua dapat membalasnya.
Saudara Syamsul Amri Ismail selaku Pengerusi MPP melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya dapat juga ibadah dan dakwah diberi ruang untuk dikembangkan di sini. "Saya benar-benar berharap penduduk-penduduk di sini yang beragama Islam tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah. Tambahan pula, tidak lama lagi kita bakal menyambut bulan besar iaitu Ramadhan Al-Mubarak", demikian ujarnya ketika ditanya sebaik sahaja Surau tersebut siap dibuat sedikit pengubahsuaian.
Sejadah berwarna merah yang telah dibeli oleh AJK
Beginilah keadaan setelah karpet siap dipasang
Kelihatan selesa untuk beribadah
Maknanya surau telah pun siap sedia digunakan bermula untuk Solat Tarawih tahun ini
Pandangan dari sudut hadapan
Pemandangan keseluruhan sehingga ke sudut belakang Surau
Hasil kerja pemasangan karpet oleh mereka yang profesional
Harapnya Surau ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Jemaah di sini
Sekian & Terima Kasih
Disediakan oleh : EDITOR

Saturday, August 22, 2009

Program Ceramah Maulidur Rasul 1430 Hijrah

29 Mei 2009 - Satu Program Ceramah Perdana bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah telah diadakan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Ismail Ahmad (Pengarah Jabatan Pengindahan & Senitaman, MPS) selaku wakil Dato Yang DiPertua Majlis Perbandaran Seremban yang tidak dapat hadir ke Majlis ini atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Majlis ini turut dihadiri oleh En. Mohd Hashry Yaacob (Pegawai Perhubungan Korporat, MPS) serta En. Daud Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS).
.
Penceramah jemputan pada kali ini adalah Y.Bhg Ustaz Azmi bin Md Yatim, merupakan AJK Biro Agama, Pemuda UMNO Malaysia.

Ceramah ini mendapat sambutan yang baik dimana dihadiri kira-kira 500 orang. Majlis tersebut bermula pada jam 8.45 malam hingga ke jam 10.30 malam. Sebaik sahaja selesai ceramah Saudara Syamsul (Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk) telah menyampaikan cenderahati kepada Penceramah serta tetamu-Tetamu Kehormat.
.

Gambar-Gambar Program Sambutan Maulidur Rasul 1430 Hijrah













.
.
.
Disediakan oleh :
EDITOR

Tuesday, January 27, 2009

Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul

Kenduri Tahlil & Doa Selamat

Rumah En Isa di Blok B

24 Januari 2009

Pada 24 Januari 2009, satu majlis tahlil arwah telah dijalankan di rumah En Isa. Program ini telah diketuai oleh En Syamsul (Pengerusi KRT). Majlis telah dimulakan agak lewat iaitu lebih kurang jam 9.15 malam kerana menanti kehadiran Pengerusi yang tiba lewat ekoran ada urusan penting di Putrajaya. Alhamdulillah program tersebut telah berlangsung dengan baik.


Majlis Kenduri Cukur Jambul

26 Januari 2009

Kediaman En Zakaria di Blok E

Kemudiannya pada 26 Januari 2009, satu majlis kenduri cukur jambul cucu kepada En Zakaria iaitu AJK KRT/JPP PRSP Paroi telah diadakan pada jam 12.00 tengahari. Kenduri ini telah hadiri oleh sekelian AJK KRT/JPP PRSP Paroi.
Kelihatan En Syamsul (Pengerusi) bersama dengan saudara Azman
Antara orang ramai yang turut hadir

En Zakaria tetap mesra melayan tetamu walaupun kepenatan.

Thursday, January 1, 2009

Penubuhan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP)







31 Disember 2008 (Rabu), Paroi - 31 Disember 2008 menjadi satu tarikh keramat di mana kesemua Pertubuhan dan Persatuan dikumpulkan di dalam satu Majlis bagi berbincang mengenai satu arah dan halatuju pembangunan serta aktiviti yang didasari atas nama "Perpaduan". Majlis ini diilhamkan oleh Pengerusi KRT PRSP Paroi iaitu saudara Syamsul Amri. Menurut beliau usaha ini perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan salah sangka daripada berterusan di antara pihak-pihak terlibat.

Usaha ini mendapat respon positif dari semua pihak. Majlis ini menghimpunkan beberapa badan iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dipengerusikan oleh Saudara Syamsul, UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana yang diketuai oleh Saudara Norsham, Pertubuhan PKK KEMAS yang dihadiri oleh Ketuanya Puan Yan serta Penasihat PKK KEMAS iaitu Saudara Azmi. Begitu juga dengan kehadiran Pertubuhan Kompang yang diwakili oleh Saudari Norshafima, Pertubuhan Berzanji oleh Puan Esah serta Persatuan Ibu Tunggal PRSP Paroi yang diwakili oleh Puan Seti Maimunah.

Di dalam perbincangan tersebut turut diputuskan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) akan digantikan menjadi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP), dan sidang mesyuarat bersetuju melantik Saudara Syamsul untuk mempengerusikan gabungan ini. Saudara Norsham pula dilantik selaku Timbalan Pengerusi manakala Puan Ju dari KEMAS dilantik selaku Setiausaha Gabungan ini.
Sidang mesyuarat ini dijangka akan mengadakan satu program "Pemimpin Bersama Rakyat" tidak lama lagi di mana keenam-enam Pertubuhan ini akan duduk berbincang semula mengenai pelaksanaan Program ini pada 15 Januari 2009. Adalah diharapkan Program ini akan menjadi satu asas baru pembangunan dan perpaduan masyarakat di PRSP Paroi.
Saudara Azmi di dalam perbincangan berkenaan menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah lama menanti usaha ini dan beranggapan langkah yang diambil oleh KRT di dalam mengilhamkan usaha ini adalah sangat baik dan sangat dinantikan oleh penduduk di sini. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan padu oleh kesemua pihak.
Ketua UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana pula iaitu Saudara Norsham pula berasa sangat gembira dengan pertemuan ini dan ini juga adalah merupakan satu hasrat yang juga pernah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, dan secara langsung juga akan membantu perkembangan sihat politik UMNO agar terus aktif dan berkembang di sini.
Saudara Syamsul menyimpulkan bahawa, "Pertemuan ini adalah pertemuan yang diatur secara jujur, ikhlas dan sucihati oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kerana selama ini, kejayaan-kejayaan tidak akan bermakna seandainya KEMAS, UMNO Cawangan. dan pertubuhan-pertubuhan lain terus ketinggalan di belakang. Justeru ini boleh menjadi suntikan semangat kepada kesemua masyarakat agar berganding bahu dan bersatu tenga menjaya setiap program yang bakal direncanakan mulai Januari 2009".

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah itu bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

- Dilaporkan Oleh : Saudara Nazaruddin Abas (Setiausaha KRT PRSP Paroi) -