Thursday, September 17, 2009

Surau PRSP Paroi Siap Sedia Untuk Digunakan!

Alhamdulillah, berkat usaha serta keinginan sekelian AJK yang inginkan agar agama Islam terus di semarakkan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, maka telah berjaya usaha untuk mewujudkan sebuah Surau tempat ibadah bagi muslimin serta muslimat di PRSP Paroi. Terima kasih diucapkan kepada sekelian Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang telah berusaha keras memastikan ini berjaya. Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Ab Halim Abu Bakar, Shamrul Sari serta Hamizi Ramli yang telah bertungkus lumus memasang karpet di Surau demi keselesaan jemaah untuk bersolat nanti. Karpet telah mula dipasang pada 17 Ogos 2009 dan masalah bil tertunggak bekalan elektrik oleh pengguna terdahulu telah berjaya diselesaikan oleh MPP pada 18 Ogos 2009.
Terima kasih tidak terhingga buat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang telah sudi mewaqafkan Surau ini untuk kegunaan Muslimin serta Muslimat di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada Surau Taman Ampangan yang telah menyumbangkan sejumlah sejadah serta, kitab-kitab Yasiin untuk kegunaan jemaah bagi menambah bilangan yang sedia ada dibeli oleh MPP. Ucapan terima kasih juga buat penyumbang-penyumbang yang tidak mahu namanya disebutkan disini. Sesungguhnya jasa kalian ini, hanya Allah jua dapat membalasnya.
Saudara Syamsul Amri Ismail selaku Pengerusi MPP melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya dapat juga ibadah dan dakwah diberi ruang untuk dikembangkan di sini. "Saya benar-benar berharap penduduk-penduduk di sini yang beragama Islam tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah. Tambahan pula, tidak lama lagi kita bakal menyambut bulan besar iaitu Ramadhan Al-Mubarak", demikian ujarnya ketika ditanya sebaik sahaja Surau tersebut siap dibuat sedikit pengubahsuaian.
Sejadah berwarna merah yang telah dibeli oleh AJK
Beginilah keadaan setelah karpet siap dipasang
Kelihatan selesa untuk beribadah
Maknanya surau telah pun siap sedia digunakan bermula untuk Solat Tarawih tahun ini
Pandangan dari sudut hadapan
Pemandangan keseluruhan sehingga ke sudut belakang Surau
Hasil kerja pemasangan karpet oleh mereka yang profesional
Harapnya Surau ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Jemaah di sini
Sekian & Terima Kasih
Disediakan oleh : EDITOR

No comments: