Monday, February 16, 2015

Pertandingan Futsal Pangsapuri Perdana 2015


14 Februari 2015, Seremban : Satu Pertandingan Futsal Terbuka Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi telah diadakan bertempat di Gelanggang Futsal Masjid At-Taqwa, Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh KRT PRSP Paroi. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori 12 Tahun Ke Bawah dan Kategori 13 Tahun Ke Atas (Dewasa).

Pertandingan ini telah berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 12.30 tengahari.

Turut hadir sama ke program ini adalah Tn Hj Abd Rahim Ghani, Pengerusi JKKK Kg. Paroi bersama-sama dengan Sdr Syamsul Amri Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi. Tn Hj Abd Rahim telah pun menyampaikan hadiah kepada para pemenang sebaik sahaja Pertandingan Futsal tersebut selesai.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan.


Disediakan oleh : EDITOR

No comments: