Thursday, September 5, 2013

Jamuan Aidil Fitri PRSP Paroi bersama YB Jalaluddin

2 September 2013, Seremban : Satu Program Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 1434 Hijrah telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini diadakan bersempena dengan Lawatan Kerja YB Datuk Haji Jalaludin bin Hj Alias, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan. Turut hadir sama ke program ini adalah YB Tuan Ghazali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Paroi.

Program ini merupakan program kerjasama antara Jabatan Perancang Bandar & Desa, Majlis Perbandaran Seremban yang diketuai oleh Tuan Hj Lokman bin Omar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa MPS bersama dengan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail.

Program ini telah berlangsung mulai jam 2.30 petang hingga ke jam 4.30 petang. Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.


Disediakan oleh : EDITOR

No comments: