Monday, November 19, 2012

Lawatan Sambil Belajar KRT ke Langkawi, Kedah

Pada 9 November 2012 hingga 11 November 2012, satu program Lawatan Sambil Belajar telah diadakan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Lawatan ini disertai oleh kira-kira 25 orang ahli. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan para ahli KRT tentang pengalaman serta bertukar pandangan bersama KRT di Langkawi.

KRT Kuala Triang telah menjadi destinasi pilihan KRT PRSP Paroi. KRT Kuala Triang ini suatu ketika dahulu pernah terlibat dengan bencana Tsunami pada tahun 2004, namun ini tidak mematahkan semangat mereka untuk terus bergiat aktif di dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan melaksanakan agenda perpaduan nasional selaras dengan objektif penubuhan KRT.

Ahli-Ahli KRT PRSP Paroi telah menginap selama 3 hari dan 2 malam di Hotel Langkasuka, Langkawi. Segala kos penginapan dan perjalanan ditanggung oleh KRT PRSP Paroi dan para peserta hanya diminta membayar RM 100 setiap seorang. Disamping itu, kepada anggota KRT dibenarkan untuk membawa ahli keluarga dengan bayaran penginapan serta bayaran penerbangan ditanggung oleh anggota KRT itu sendiri. 

Ini merupakan satu sejarah bagi KRT yang kecil dan kerdil seperti PRSP Paroi ini kerana berjaya merealisasikan hasrat anggota anggota yang rata-ratanya tidak pernah sampai di bumi bertuah Langkawi, apatah lagi menaiki kapal terbang di sepanjang hayat mereka. Ini boleh dikatakan pengalaman yang cukup bermakna buat para peserta.

Program ini tidak lain merupakan hasil usaha serta cernaan idea Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, selaku Pengerusi KRT PRSP Paroi. Sdr Syamsul turut hadir bersama ahli-ahli keluarga beliau di dalam rombongan ini.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.
  
Bergambar sebelum berangkat ke KRT Kuala Triang, Langkawi
Ketibaan di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang di mana program ramah mesra diadakan
Kelihatan Sdr Syamsul berbual bersama Tn Hj Murad (Bendahari KRT Kuala Triang)
Suasana ketika jamuan makan malam
Sdr Syamsul menerima cenderahjati daripada Tn Hj Mansor, Pengerusi KRT Kuala Triang
Merakamkan gambar kenangan bersama KRT PRSP Paroi dan KRT Kuala Triang

Disediakan oleh : EDITOR

** Lagi gambar-gambar sepanjang 3 hari dan 2 malam di Langkawi boleh dilihat menerusi folder berikutnya.

No comments: