Monday, April 25, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 1432 H di Surau Taman Ampangan

23 April 2011, Seremban: Satu Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah telah diadakan bertempat di Surau Musba' Al-Khair, Taman Ampangan. Program tahunan ini diadakan dengan cukup meriah dengan diisi pengisian yang cukup bermakna seperti Selawat Nabi, Ceramah serta jamuan bersama jemaah yang berkesempatan hadir.

Turut sama hadir ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail (Pengerusi MPP/KRT PRSP Paroi), Sdr Nazaruddin (Setiausaha), Pn Rahmah Rahmat (Pengerusi Jiran Wanita MPP/KRT), Pn Zubaidah Mohd Zin (Bendahari), En Kamsani Mohd Noor (AJK) dan Pn Zarina Khalid (AJK).

Ketika ditanya, Sdr Syamsul (gambar) memuji usaha murni yang dijalankan oleh AJK Surau Taman Ampangan ini dan usaha ini wajar dicontohi khususnya demi mengangkat martabat serta dakwah Nabi Muhammad SAW. "Saya juga berasa bertuah kerana dapat turut serta di dalam program ini dengan pengisian yang disediakan cukup padat dan bermakna. Sesiapa sahaja yang hadir akan berkata demikian. Dan saya berani menyatakan bahawa sesiapa yang tidak hadir ke program ilmu ini sesungguhnya berada di dalam golongan manusia yang rugi".

Majlis yang berlangsung telah dimulakan selepas Solat Maghrib. Program dimulakan dengan Selawat Nabi beramai-ramai. Kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Surau Musba Al-Khair iaitu YBhg Datuk Bida Maharaja Hj Brahan. Di dalam ucapan alu-aluannya beliau menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih beliau kepada semua yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Program kemudiannya disambung dengan Ceramah bersempena Maulidur Rasul 1432 Hijrah yang telah disampaikan oleh YBhg Sahibul Fadhilah Ustaz Bakhtiar yang datang daripada Pasoh 2. Beliau menyampaikan ceramah yang bertenaga mulai jam 8.00 hinggalah ke jam 10.00 malam.

Sebaik sahaja selesai ceramah kesemua jemaah telah bersolat Isya' berjemaah dengan dipimpin oleh Tn Hj Shamsudin Awaluddin, Imam Masjid At-Taqwa, Paroi. Dan sebaik sahaja selesai solat Isya', kesemua jemaah telah dijamu dengan jamuan yang telah disediakan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Surau dan penduduk-penduduk tempatan.

Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah kepada sekelian AJK Surau Musba' Al-Khair di atas kejayaan menganjurkan program ini.

Majlis dimulakan dengan Selawat Nabi
Semua mengalunkan Selawat mengangkat kebesaran Nabi Muhammad SAW

Suasana ketika semua jemaah mengalunkan Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW





Pengacara Majlis memulakan acara

Semua bersedia mendengar ceramah

Kelihatan Tn Hj Shamsudin Awaluddin yang juga telah bersedia YBhg Datuk Bida Maharaja Hj Brahan selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau menyampaikan ucapan alu-aluan

Shahibul Fadhilah Ustaz Bakhtiar menyampaikan ceramah Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Semua mendengar ceramah yang disampaikan

Mendengar dengan fokus dan teliti



Ceramah berlangsung selama dua jam

Walaupun ceramah disampaikan selama dua jam, para jemaah tetap segar dengan penyampaian Ustaz Bakhtiar yang cukup bertenaga

Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Futsal 1Malaysia : Perdana FC Bergelar Juara!!!

23 April 2011, Seremban: satu pertandingan Futsal yang diberi nama Pertandingan Futsal 1Malaysia telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan Paroi. Sebanyak 13 Pasukan lelaki dan 4 Pasukan Wanita telah menyertai pertandingan ini. Pasukan Perdana FC akhirnya berjaya menumpaskan Pasukan Heaven Remix pada perlawanan akhir bagi merangkul gelaran juara. Pasukan Selamat FC di tempat ketiga dan Pasukan Double M ditempat keempat.

Bagi kategori Wanita pula, pasukan Sa Sau telah berjaya menjadi juara diikuti pasukan Aswira ditempat kedua, pasukan Sweet Girls di tempat ketiga dan pasukan PDI Girls di tempat keempat.

Tahniah diucapkan kepada pasukan yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada tahun hadapan.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut:

PUSINGAN PERINGKAT KUMPULAN

Pancit FC (0) v (4) AON FC

Lakeside FC (2) v (0) Harimau Muda

Kak Limah FC (0) v Mengkarung Hanyut (2)

Perdana FC (5) v (0) Axe FC

PDI Girls (0) v (1) Sweet Girls (1)

Heaven Remix (3) v (0) 100 Plus FC

Double M (4) v (0) Harimau Muda

Selamat FC (1) v (1) Mengkarung Hanyut

Axe FC (1) v (2) Team Grey

Aswira FC (0) v (1) Sa Sau

Pancit FC (0) v (5) Heaven Remix

Lakeside FC (0) v (1) Double M

Kak Limah FC (0) v (2) Selamat FC

Perdana FC (3) v (2) Team Grey

PDI Girls (0) v (1) Aswira FC

AON FC (2) v (0) 100 Plus FC

Sweet Girls (0) v (2) Sa Sau

Pancit FC (1) v (1) 100 Plus FC

PDI Girls (1) v (1) Sa Sau

AON FC (0) v (2) Heaven Remix

Sweet Girls (1) v (1) Aswira

PUSINGAN SEPARUH AKHIR

Heaven Remix (3) v (0) Selamat FC

Double M (1) v (2) Perdana FC

TEMPAT KETIGA KEEMPAT

Selamat FC (3) v (2) Double M

(sepakan penalti)

PERLAWANAN AKHIR

Heaven Remix (1) v (3) Perdana FC Pasukan Perdana FC yang bergelar JUARA
Pasukan Heaven Remix selaku NAIB JUARA
Bergambar sebelum perlawanan akhir bermula
Suasana ketika perlawanan akhir berlangsung
Semua melompat kegirangan sebaik sahaja selesai pertandingan dilangsungkan

Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Futsal 1Malaysia : Taklimat Pertandingan

Pertandingan Futsal 1Malaysia

22 April 2011

Taklimat Pertandingan Suasana Taklimat Pertandingan yang diadakan di Bilik Gerakan Persatuan MPP/KRT PRSP Paroi Sdr Fazail (berbaju oren) menyampaikan Taklimat Pertandingan
Sdr Syamsul (Pengerusi MPP/KRT) yang mempengerusikan acara taklimat pertandingan
Borang-borang serta jadual pertandingan diedarkan kepada wakil pasukan yang hadir
Suasana ketika taklimat sedang berlangsung
Semua waki pasukan mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan




Ahli-ahli pasukan yang hadir turut sama mendengar taklimat

Disediakan oleh : EDITOR

Pertandingan Futsal 1Malaysia : Perlawanan Pusingan Awal

Pertandingan Futsal 1Malaysia

23 April 2011

Perlawanan Pusingan Awal En Md Yusof turut menyertai pertandingan ini mewakili pasukan Pancit FC


Banner yang direkabentuk grafiknya oleh Sdr Syamsul, Pengerusi MPP/KRT PRSP Paroi


































Disediakan oleh : EDITOR