Thursday, September 17, 2009

Program Bubur Lambuk Ramadhan PRSP Paroi !!

Program Memasak Bubur Lambuk. Sebagaimana tradisi, Jawatankuasa MPP telah sekali lagi mengadakan Program Memasak Bubur Lambuk pada 12 September 2009. Program ini telah diketuai oleh Puan Samsiah Rais (Mak Long). Sebanyak 2 periuk besar Bubur Lambuk telah berjaya dimasak. Bubur Lambuk yang telah siap dimasak akan diagih-agihkan kepada penduduk mengikut kupon-kupon yang telah diberikan awal kepada penduduk-penduduk. Lebih 1,200 bungkus bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk yang telah mula beratur mendapatkan bubur lambuk yang telah siap dimasak seawal jam 3.00 petang. Dengan terhasilnya program ini bermakna, ini merupakan kali keempat berturut-turut MPP telah berjaya mel;aksanakan program seperti ini. Tahniah diucapkan!!!

Kelihatan AJK-AJK bertungkus lumus memasak bubur
Mak Long (berbaju merah) turut sama mengacau bubur bersama AJK-AJK lelaki
AJK-AJK kelihatan cukup cekap mengendalikan penghasilan bubur kali ini
Badarhisham menaburkan daun sup ke dalam periuk
Wah... kelihatannya bubur ini sangat menyelerakan!!!
Kamsani (Bangah) kelihatan sedang tekun memerhatikan AJK-AJK. Mungkin risau bubur tidak sempat siap mengikut waktu yang telah dijanjikan
Alhamdulillah, akhirnya bubur siap dan telah bersedia untuk diagih-agihkan
Badarhisham dengan penuh tekun mengisi setiap bekas bubur lambuk
Bubur Lambuk yang telah siap diisi ini bakal diagihkan kepada penduduk yang telah mula sampai
Kanak-kanak sudah mulai tiba dengan kupon masing-masing untuk mendapatkan bubur lambuk
Dhafir, anak kedua Pengerusi MPP turut hadir ke program ini
kanak-kanak yang berbangsa India ini turut sabar menanti bubur lambuk diisi ke dalam bekas
Akhirnya bubur yang dinanti siap dibungkus dan diterima
Kanak-kanak merupakan golongan terawal tiba di khemah bagi mendapatkan bubur lambuk
Bubur lambuk pada tahun ini istimewa kerana lengkap dengan daging, udang, ayam dan sebagainya sebagai ramuan
Kanak-kanak ini setia menanti sambil memegang surat dan kupon bagi mendapatkan bubur lambuk
Kanak-kanak ini kelihatannya keletihan, mungkin penat berpuasa agaknya
Sekian & Terima Kasih
Disediakan oleh : EDITOR

Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Masjid Paroi

Pada 10 September 2009 bersamaan dengan 21 Ramadhan 1430 Hijrah, telah diadakan satu Majlis berbuka puasa bersama Imam Masjid Paroi iaitu Tuan Hj Samsudin Awaludin. Majlis dimulakan dengan majlis berbuka puasa pada jam 7.15 malam diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah dengan dipimpin oleh Imam Masjid Paroi. Setelah selesai Solat Maghrib, AJK telah mengiringi Tuan Imam untuk menikmati hidangan makan malam di Bilik Gerakan Persatuan di Blok C. Disebabkan Tuan Hj Samsudin menghadiri program lain mulai Isya' maka Solat Isya' dan Tarawih pada malam tersebut telah dipimpin oleh Saudara Syamsul Amri Hj Ismail iaitu Pengerusi MPP.
Sebahagian AJK yang terlibat di dalam Majlis Berbuka Puasa
Tuan Hj Samsudin Awaludin memimpin Solat Maghrib berjemaah
Di antara Makmum yang hadir yang berada di Saf Pertama
Sebahagian AJK yang bersama Tuan Imam ketika aturcara Makan Malam
Disediakan oleh : EDITOR

Mari Bertarawih si Surau PRSP Paroi !!

Surau Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi telah mula digunakan untuk Solat Tarawih pada 21 Ogos 2009. Pada Tarawih malam pertama ini, saudara Syamsul selaku Pengerusi MPP telah diberi penghormatan untuk menjadi Imam Pertama merasmikan program Solat Tarawih ini. Alhamdulillah jemaah yang hadir memberangsangkan! Selesai Solat tarawih, disambung pula dengan program Tadarus. Kepada semua yang berminat bolehlah menyertai program ini. Dijangkakan, Saudara Meon, Saudara Khairuddin, Saudara Roslan yang merupakan penduduk di sini akan menjadi Imam Tarawih secara bergilir-gilir.

Kelihatan jemaah yang menyertai Solat Tarawih berjemaah
Kelihatan juga Jemaah Wanita yang turut sama bertarawih
Disediakan oleh : EDITOR

Surau PRSP Paroi Siap Sedia Untuk Digunakan!

Alhamdulillah, berkat usaha serta keinginan sekelian AJK yang inginkan agar agama Islam terus di semarakkan di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi, maka telah berjaya usaha untuk mewujudkan sebuah Surau tempat ibadah bagi muslimin serta muslimat di PRSP Paroi. Terima kasih diucapkan kepada sekelian Jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) yang telah berusaha keras memastikan ini berjaya. Terima kasih juga diucapkan kepada saudara Ab Halim Abu Bakar, Shamrul Sari serta Hamizi Ramli yang telah bertungkus lumus memasang karpet di Surau demi keselesaan jemaah untuk bersolat nanti. Karpet telah mula dipasang pada 17 Ogos 2009 dan masalah bil tertunggak bekalan elektrik oleh pengguna terdahulu telah berjaya diselesaikan oleh MPP pada 18 Ogos 2009.
Terima kasih tidak terhingga buat Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang telah sudi mewaqafkan Surau ini untuk kegunaan Muslimin serta Muslimat di sini. Terima kasih juga diucapkan kepada Surau Taman Ampangan yang telah menyumbangkan sejumlah sejadah serta, kitab-kitab Yasiin untuk kegunaan jemaah bagi menambah bilangan yang sedia ada dibeli oleh MPP. Ucapan terima kasih juga buat penyumbang-penyumbang yang tidak mahu namanya disebutkan disini. Sesungguhnya jasa kalian ini, hanya Allah jua dapat membalasnya.
Saudara Syamsul Amri Ismail selaku Pengerusi MPP melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya, akhirnya dapat juga ibadah dan dakwah diberi ruang untuk dikembangkan di sini. "Saya benar-benar berharap penduduk-penduduk di sini yang beragama Islam tidak akan mensia-siakan peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah. Tambahan pula, tidak lama lagi kita bakal menyambut bulan besar iaitu Ramadhan Al-Mubarak", demikian ujarnya ketika ditanya sebaik sahaja Surau tersebut siap dibuat sedikit pengubahsuaian.
Sejadah berwarna merah yang telah dibeli oleh AJK
Beginilah keadaan setelah karpet siap dipasang
Kelihatan selesa untuk beribadah
Maknanya surau telah pun siap sedia digunakan bermula untuk Solat Tarawih tahun ini
Pandangan dari sudut hadapan
Pemandangan keseluruhan sehingga ke sudut belakang Surau
Hasil kerja pemasangan karpet oleh mereka yang profesional
Harapnya Surau ini akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Jemaah di sini
Sekian & Terima Kasih
Disediakan oleh : EDITOR