Tuesday, January 27, 2009

Kenduri Doa Selamat & Cukur Jambul

Kenduri Tahlil & Doa Selamat

Rumah En Isa di Blok B

24 Januari 2009

Pada 24 Januari 2009, satu majlis tahlil arwah telah dijalankan di rumah En Isa. Program ini telah diketuai oleh En Syamsul (Pengerusi KRT). Majlis telah dimulakan agak lewat iaitu lebih kurang jam 9.15 malam kerana menanti kehadiran Pengerusi yang tiba lewat ekoran ada urusan penting di Putrajaya. Alhamdulillah program tersebut telah berlangsung dengan baik.


Majlis Kenduri Cukur Jambul

26 Januari 2009

Kediaman En Zakaria di Blok E

Kemudiannya pada 26 Januari 2009, satu majlis kenduri cukur jambul cucu kepada En Zakaria iaitu AJK KRT/JPP PRSP Paroi telah diadakan pada jam 12.00 tengahari. Kenduri ini telah hadiri oleh sekelian AJK KRT/JPP PRSP Paroi.
Kelihatan En Syamsul (Pengerusi) bersama dengan saudara Azman
Antara orang ramai yang turut hadir

En Zakaria tetap mesra melayan tetamu walaupun kepenatan.

Thursday, January 1, 2009

Penubuhan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP)







31 Disember 2008 (Rabu), Paroi - 31 Disember 2008 menjadi satu tarikh keramat di mana kesemua Pertubuhan dan Persatuan dikumpulkan di dalam satu Majlis bagi berbincang mengenai satu arah dan halatuju pembangunan serta aktiviti yang didasari atas nama "Perpaduan". Majlis ini diilhamkan oleh Pengerusi KRT PRSP Paroi iaitu saudara Syamsul Amri. Menurut beliau usaha ini perlu dilakukan bagi mengelakkan salah faham dan salah sangka daripada berterusan di antara pihak-pihak terlibat.

Usaha ini mendapat respon positif dari semua pihak. Majlis ini menghimpunkan beberapa badan iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang dipengerusikan oleh Saudara Syamsul, UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana yang diketuai oleh Saudara Norsham, Pertubuhan PKK KEMAS yang dihadiri oleh Ketuanya Puan Yan serta Penasihat PKK KEMAS iaitu Saudara Azmi. Begitu juga dengan kehadiran Pertubuhan Kompang yang diwakili oleh Saudari Norshafima, Pertubuhan Berzanji oleh Puan Esah serta Persatuan Ibu Tunggal PRSP Paroi yang diwakili oleh Puan Seti Maimunah.

Di dalam perbincangan tersebut turut diputuskan bahawa Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) akan digantikan menjadi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP), dan sidang mesyuarat bersetuju melantik Saudara Syamsul untuk mempengerusikan gabungan ini. Saudara Norsham pula dilantik selaku Timbalan Pengerusi manakala Puan Ju dari KEMAS dilantik selaku Setiausaha Gabungan ini.
Sidang mesyuarat ini dijangka akan mengadakan satu program "Pemimpin Bersama Rakyat" tidak lama lagi di mana keenam-enam Pertubuhan ini akan duduk berbincang semula mengenai pelaksanaan Program ini pada 15 Januari 2009. Adalah diharapkan Program ini akan menjadi satu asas baru pembangunan dan perpaduan masyarakat di PRSP Paroi.
Saudara Azmi di dalam perbincangan berkenaan menyatakan bahawa beliau sememangnya sudah lama menanti usaha ini dan beranggapan langkah yang diambil oleh KRT di dalam mengilhamkan usaha ini adalah sangat baik dan sangat dinantikan oleh penduduk di sini. Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan padu oleh kesemua pihak.
Ketua UMNO Cawangan Pangsapuri Perdana pula iaitu Saudara Norsham pula berasa sangat gembira dengan pertemuan ini dan ini juga adalah merupakan satu hasrat yang juga pernah dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, dan secara langsung juga akan membantu perkembangan sihat politik UMNO agar terus aktif dan berkembang di sini.
Saudara Syamsul menyimpulkan bahawa, "Pertemuan ini adalah pertemuan yang diatur secara jujur, ikhlas dan sucihati oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kerana selama ini, kejayaan-kejayaan tidak akan bermakna seandainya KEMAS, UMNO Cawangan. dan pertubuhan-pertubuhan lain terus ketinggalan di belakang. Justeru ini boleh menjadi suntikan semangat kepada kesemua masyarakat agar berganding bahu dan bersatu tenga menjaya setiap program yang bakal direncanakan mulai Januari 2009".

Perbincangan yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam setengah itu bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

- Dilaporkan Oleh : Saudara Nazaruddin Abas (Setiausaha KRT PRSP Paroi) -

Monday, December 29, 2008

Penghormatan Terakhir Buat Yang DiPertuan Besar

Lawatan Ke Istana Besar Seri Menanti
Di Bandar DiRaja Seri Menanti
Bagi Memberikan Penghormatan Terakhir
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia
Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan Darul Khusus

29 Disember 2008

Kemangkatan Di Bawah Duli Tuanku adalah pada jam lebih kurang 11.40 Pagi 27 Disember 2008

Lawatan ini telah turut disertai oleh 38 Orang Ahli Rombongan khas daripada Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi yang telah diketuai sendiri oleh En Syamsul Amri iaitu Pengerusi JPP/KRT PRSP Paroi.


Kelihatan Azman, Zamri dan Othman ketika sedang menunggu bas untuk membawa mereka ke Seri Menanti seawal jam 8.30 pagi.
Kelihatan, beberapa orang AJK Wanita juga sudah turut tiba untuk turut serta menyertai lawatan bagi memberikan penghormatan terakhir.

Kaum Ibu sudah mula memenuhi perkarangan Blok B, PRSP Paroi sebelum bertolak ke Seri Menanti.

Puan Rahmah dan anak-anak sedang sibuk membuat panggilan bagi memanggil peserta agar segera berkumpul sebelum ketibaan bas.
Bas tiba lebih kurang jam 9.30 pagi.
Antara wajah peserta lawatan setelah berada di dalam bas.
Hamidi dan isteri yang turut sama menyertai lawatan ini.
Peserta berjalan sejauh 500 meter dari tempat letak bas menuju ke perkarangan Istana DiRaja Seri Menanti.
Semua peserta menanti di perkarangan istana sebelum dibenarkan masuk ke dalam Istana.
Perkarangan Istana dikawal ketat oleh pihak Polis.
Beginilah suasana di dalam Dewan yang penuh sesak dengan rakyat jelata yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir
Peserta mulai meninggalkan perkarangan istana sesudah selesai memberikan penghormatan terakhir.
Antara peserta yang hadir bergambar bersama Pengerusi di kawasan Istana Seri Menanti.
Kaum Wanita juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama Pengerusi Jiran Wanita KRT, Puan Rahmah.
AJK mula bergerak menuju ke bas masing-masing untuk berangkat pulang ke Paroi.




Perjalanan ke Seremban mengambil masa kira-kira 30 minit.

Wajah ceria walaupun keletihan setelah tiba di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.
Rombongan ini telah selamat tiba di Paroi lebih kurang pada jam 2.00 petang. Penghormatan ini diberi kepada Almarhum Tuanku Jaafar yang telah memerintah Negeri Sembilan lebih kurang 41 Tahun lamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke bawah Duli Tuanku. Selepas ini tampuk pemerintahan Negeri akan diambil alih oleh DYMM Tuanku Mokhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke - 11.

Saturday, November 22, 2008

Program Berkhatan Beramai-Ramai 2008

22 November 2008 (Sabtu) Seremban : - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi telah mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di sini semalam. Program ini telah disertai oleh kira-kira 20 orang peserta berkhatan yang berusia dari 3 tahun hingga 12 tahun. Program ini merupakan program tahunan bagi Persatuan ini dan sememangnya program ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketika berucap di dalam Program ini, Pengerusi JPP/KRT PRSP Paroi, En Syamsul Amri bin Hj Ismail berkata, meskipun Persatuan ini baru berusia 3 tahun iaitu awal penubuhannya pada Bulan September 2005, namun Persatuan ini telah berjaya melaksanakan program ini buat kali yang keempat. Program berkhatan beramai-ramai ini telah mula dilaksanakan pada Disember 2005. “Program Berkhatan beramai-ramai ini sememangnya dinanti oleh sekelian penduduk di PRSP Paroi, kerana ia merupakan program kemuncak pada setiap tahun. Ini ada program terbesar terakhir Persatuan ini sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya” ujar Syamsul ketika berucap di Majlis ini semalam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Seremban, Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif. Dato YDP mengucapkan tahniah kepada sekalian Jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti seperti ini. Beliau berjanji bahawa MPS akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama bagi memastikan agar Persatuan ini akan terus aktif berpersatuan.Persatuan ini turut akan dijadikan sebagai 'anak angkat' kepada MPS bagi memastikan Persatuan ini akan terus bergerak aktif sambil dibantu oleh MPS di dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan. “Majlis (MPS) akan memberikan sokongan, dan pihak kami (MPS) akan mengkaji carabagaimana bantuan boleh diberikan termasuklah dalam bentuk dana, cuma jumlahnya belum dapat diumumkan lagi”. Kenyataan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada sekelian hadirin yang menghadiri Majlis ini.

Dato YDP turut memuji seluruh jawatankuasa persatuan yang sememangnya aktif beraktiviti, dan segala laporan yang telah dibentangkan Persatuan menunjukkan betapa Persatuan ini benar-benar komited menyumbangkan bakti kepada masyarakat menerusi program-program yang telah dirancangkan. Atas dasar itu. Oleh yang demikian Dato YDP menyatakan bahawa MPS akan sentiasa membantu Persatuan bagi memastikan agar Persatuan ini akan terus bergerak maju ke hadapan, ujarnya lagi.

Majlis ini telah bermula sedari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pada Majlis ini juga Dato YDP telah sudi merasmikan pembukaan rumah Persatuan yang menjadi nadi penggerak di mana di situlah tempat sekelian jawatankuasa berhimpun dan berbincang mengenai dasar, visi, misi dan aktiviti persatuan. Dato YDP juga telah menyempurnakan perasmian Program Khatan ini dengan membuat pancutan air kepada anak-anak yang bakal dikhatankan dengan bantuan beberapa anggota bomba.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Lokman bin Omar (Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPS) serta En Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS).

Anak-anak telah bersiap sedia berbaris menantikan ketibaan YBhg. Dato Yang DiPertua, MPS
Dato Yang DiPertua, MPS tiba pada jam 8.30 pagi sambil disambut oleh Jawatankuasa
Dato YDP bersama-sama dengan Pengerusi Penduduk bersedia sebelum berarak bersama dengan anak-anak yang bakal dikhatankan
Anak-anak berarak bersama dengan VVIP sambil turut diiringi oleh ibu bapa masing-masing
Anak-anak turut diiringi oleh Pasukan kompang dan bunga manggar
Dato YDP dan Pengerusi berarak sambil memerhatikan kawasan sekeliling
Pengerusi menerangkan sesuatu kepada Dato YDP sambil merujuk kepada Unit Bomba yang didatangkan khas daripada Jabatan Bomba Taman Satria, Senawang
Dato YDP dan Pengerusi bergambar bersama-sama peserta khatan sebelum memulakan program perasmian
Pasukan Kompang Pangsapuri Rakyat Seri Perdana yang memainkan kompang mengiringi perarakan
Dato YDP meneliti Laporan Aktiviti Persatuan sambil mendengar penerangan daripada En Syamsul
En Md Yusof (Timbalan Pengerusi) yang bertindak selaku Pengerusi Majlis
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad bin Pie (Imam Surau Taman Ampangan)
Saudara Syamsul (Pengerusi Persatuan Penduduk) menyampaikan ucapan alu-aluan
Dato YDP menyampaikan ucapan perasmian
Dato YDP turut menyampaikan cenderahati kepada 20 orang anak-anak yang bakal dikhatankan
Anak-anak yang bakal dikhatankan berpakaian Baju Melayu lengkap
Dato YDP turut menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada anggota Bomba yang membantu kelancaran Majlis Perasmian Program Khatan
Dato YDP menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Ahmad bin Pie (Imam Surau Taman Ampangan)
Dato YDP menyampaikan cenderahati kepada Tuan Hj Lokman bin Omar (Pengarah Jab. Perancang Bandar, MPS) di atas kesudian hadir ke program ini
En Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS) turut menerima cenderahati
Giliran Pengerusi Persatuan pula menyampaikan cenderahati kepada Dato Yang DiPertua
Dato Yang DiPertua menyempurnakan perasmian Rumah Persatuan dengan menggunting reben di Pintu Masuk Rumah Persatuan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) / Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana
Dato Yang DiPertua melawat ke dalam Rumah Persatuan sambil diiringi oleh Saudara Syamsul
Dato Yang DiPertua memperkatakan sesuatu kepada Tuan Haji Lokman mengenai Rumah Persatuan yang dilawati
Dato Yang DiPertua menyempurnakan Perasmian Program Khatan dengan Pancutan Air kepada anak-anak yang bakal dikhatankan
Dato Yang DiPertua memastikan agar tembakan air kena pada kesemua peserta
Anak-anak disembur air lebih kurang 10 minit lamanya oleh anggota bomba selepas itu
Anak-anak yang disembur air menggigil kesejukan
Dato YDP, Hj Lokman, Saudara Daud, Ustaz Ahmad dan Saudara Syamsul menikmati jamuan yang dihidangkan oleh Jawatankuasa
Orang ramai yang hadir berbaris mengambil makanan yang telah dihidangkan
Orang ramai menjamu selera di bawah khemah yang disediakan
Anak-anak dan ibu bapa yang menunggu giliran sebelum dikhatankan
Wajah lega si anak yang telah selesai dikhatankan
Beginilah rupa bilik 'operasi' khatan yang disediakan oleh Jawatankuasa di dalam Dewan PRSP Paroi


Dilaporkan Oleh : Setiausaha JPP / KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana