Wednesday, February 29, 2012

Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah PRSP Paroi

24 Februari 2012, Seremban : Satu majlis Ceramah Maulidur Rasul 1433 Hijrah telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PRSP Paroi yang diketuai oleh Pengerusinya iaitu Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail.

Seluruh ahli jawatankuasa KRT PRSP Paroi bertungkus lumus sejak dari pagi bergotong-royong menyediakan hidangan makan malam untuk semua yang hadir ke program ini. Kehadiran pada malam berkenaan dianggarkan tidak kurang daripada 500 orang yang mana benar-benar menjadikan suasana program ini meriah.

Program Ceramah Maulidur Rasul ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh KRT PRSP Paroi ini yang mana telahpun masuk kali ketujuh penganjurannya semenjak penubuhan KRT di sini pada tahun 2005.

Penceramah undangan pada tahun ini adalah YBhg Ustaz Haji Norazamir bin Hj Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Ceramah beliau selaras dengan tema Maulidur Rasul 1433 Hijrah iaitu "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" di mana beliau menekankan aspek betapa Nabi Muhammad SAW merupakan model ikutan terbaik yang sentiasa menunjukkan jalan yang benar kepada seluruh umat Islam dan bertanggungjawab di dalam aspek penyatuan ummah sejak dari dahulu.

Ceramah ini telah berlangsung mulai jam 9.00 malam hingga ke jam 11.00 malam. Dengan ini EDITOR mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang dicapai oleh KRT PRSP Paroi di dalam menjayakan program yang sangat bermakna ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar program yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.


Sebelum bermulanya programProgram dimulakan dengan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAWBacaan Doa oleh YBhg Tn Hj Shamsudin Awaludin, Imam Masjid At-Taqwa, ParoiBermulanya Ceramah Maulidur Rasul 1433 HijrahBerakhirnya program CeramahMenikmati jamuan yang disediakanSuasana di ruang hidang VVIP

Disediakan oleh : EDITOR