Monday, May 30, 2011

Gotong Royong Kenduri di Rumah Kak Ngah PRSP Paroi

Pada 27 Mei 2011, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan Masturah (Along) iaitu anak kepada Pn Rahmah (Kak Ngah) dan En Kamsanai (Bangah), gotong-royong masakan kenduri telah diadakan di perkarangan kawasan lapang di rumah Kak Ngah di Blok B Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Dengan bantuan daripada seklian AJK KRT dan MPP PRSP Paroi serta bantuan Persatuan Penduduk Taman Ampangan segala kerja memasak telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Sdr Syamsul Amri Ismail selaku Pengerusi KRT di sana telah turut serta ke sana pada malam berkenaan bagi membantu apa yang termampu di dalam memastikan segala urusan berkaitan dengan kenduri tersebut berjalan dengan lancar.

Berikutnya dikongsikan gambar-gambar suasana ketika kerja masak-memasak sedang giat dijalankan pada malam berkenaan.



Disediakan oleh : EDITOR

Selamat Pengantin Baru buat Masturah & Mustaqim

SELAMAT PENGANTIN BARU Masturah & Mohd Mustaqim


Pada 28 Mei 2011, telah berlangsungnya majlis perkahwinan puteri sulung Kak Ngah iaitu Masturah (Along). Majlis perkahwinan ini telah berlangsung meriah di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi. Pn Rahmah (Kak Ngah) iaitu ibu Masturah merupakan AJK Persatuan Penduduk (KRT) di PRSP Paroi ini. Sdr Syamsul Amri iaitu Pengerusi Persatuan Penduduk di sini telah turut sama hadir ke majlis ini.

Majlis kenduri kahwin ini turut mendapat kerjasama secara gotong royong daripada sekelian AJK Persatuan Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PRSP Paroi ini dan juga mendapat kerjasama daripada Persatuan Penduduk dari Taman Ampangan. Majlis kenduri ini berlangsung dengan meriah meskipun hujan renyai-renyai mengiringi majlis kenduri ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat Masturah dan suaminya Mustaqim. Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan ketika majlis tersebut berlangsung.
Disediakan oleh : EDITOR