Sunday, February 13, 2011

Kenduri Doa Selamat KRT PRSP Paroi 2011

Sepertimana kelaziman pada setiap tahun, Persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi mengadakan satu majlis kenduri tahlil dan doa selamat. Program ini diadakan bagi mendapat keberkatan mudah-mudahan setiap aktiviti yang dijalankan bagi tahun 2011 sentiasa diiringi oleh keberkatan dan juga dirahmati Allah SWT hendaknya.
.
Majlis bagi tahun 2011 telah diadakan pada 11 Februari 2011 selepas Solat Isya' bertempat di Bilik Mesyuarat Persatuan KRT di Blok C PRSP Paroi. Majlis tahlil dan doa selamat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi.
.
Tahniah dan syabas di atas usaha murni yang dijayakan oleh KRT PRSP Paroi ini dan semoga 2011 ini menjanjikan kejayaan buat semua.
.











.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR