Saturday, January 9, 2010

Pertandingan Bowling Tertutup PRSP Paroi

Pada 9 Januari 2010, satu pertandingan Bowling tertutup Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi telah diadakan di Ampang Bowl, Seremban Parade. Pertandingan yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah berlangsung dengan meriah sekali. Pertandingan ini menyaksikan persaingan sihat yang melibatkan penyertaan secara majoritinya daripada kalangan ahli jawatankuasa Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) dan juga ahli-ahli pasukan kompang PRSP Paroi.
.
Pertandingan ini berakhir dengan keputusan berikut:
.
1. Syamsul Amri 338 mata
2. Kamsani 242 mata
3. Mohamad 209 mata
4. Mahirah 166 mata
5. Azman Aziz 142 mata (high score 77)
6. Zulhazlani 142 mata (high score 72)
7. Musfirah 137 mata
8. Munirah 106 mata
.
Dengan kedudukan 8 teratas ini melayakkan kelapan-lapan peserta ini menyertai Pertandingan Bowling yang bakal dianjurkan pada bulan Februari 2010 nanti.
.
Musfirah bersedia membuat balingan
Memerhatikan lontaran yang dilakukan
Mahirah pun beraksi dengan gaya tersendiri
Azman memerhatikan prestasi para peserta di skrin markah
Danish yang ceria
Sentiasa berada di sisi bapanya
Zul dan Munirah bersedia membuat balingan seterusnya
Munirah dengan balingan yang bergaya
8 peserta di kedudukan teratas bergambar bersama
Bergambar bersama juara iaitu Saudara Syamsul yang juga merupakan Pengerusi MPP
.
Tahniah diucapkan, kepada yang gagal, cuba lagi di lain masa!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR