Bantuan Kebajikan Masyarakat
oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
23 Disember 2009
Bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi
.
23 Disember 2009, Seremban - Satu majlis penyampaian bantuan kepada yang yang memerlukan telah di adakan di perkarangan Blok D Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi pada hari ini. Lebih 300 orang penerima di dalam kawasan DUN Paroi telah hadir untuk menerima bantuan pada pagi ini. Majlis yang bermula seawal jam 9.30 pagi ini telah membabitkan pengagihan bantuan sebanyak lebih kurang RM 96,000.
.
Program ini buat pertama kalinya telah diadakan di sini (PRSP) dan nampaknya tidak menghampakan dengan puji-pujian telah diberikan di atas kejayaan MPP membuktikan bahawa penganjuran MPP tidak menghampakan dengan jamuan makanan dan minuman untuk kesemua pihak yang hadir dengan hidangan sebegitu lazat dan menyelerakan.
.
"Kami komited membantu pihak kerajaan di dalam sumbangan dan penyaluran bantuan ini, malahan sasaran utama kami adalah agar betapa penerima bantuan perlu sedar betapa kerajaan sebenarnya mengambil berat terhadap permasalahan kewangan rakyat" ujar Syamsul ketika ditanya oleh EDITOR. "Namun harapan kita agar penerima sedar tentang betapa bantuan yang dihulurkan merupakan bantuan dan bukannya pendapatan, maka mereka perlu berusaha sendiri untuk memperbaiki taraf hidup mereka dari masa ke semasa".
.
Majlis yang berakhir pada jam 1.00 petang ini telahy menyaksikan masyarakat pelbagai kaum telah hadir menrima bantuan ini, sejajar dengan Konsep 1 Malaysia yang diterapkan oleh kepimpinan perdana dewasa ini. Semoga MPP terus cemerlang di dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti mereka.
.
























.
Tahniah diucapkan buat kesemua Jawatankuasa MPP yang telah bertungkus-lumus bagi memastikan agar program ini berjaya. Adalah difahamkan bahawa program seperti ini akan dijalankan sekali lagi pada 20 Januari 2010 nanti di sini memandangkan kejayaan MPP Pangsapuri Rakyat Seri Perdana menyediakan program dengan cukup meriah dan menarik sekali.
.
Sekali lagi tahniah diucapkan!!!
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR