Saturday, November 22, 2008

Program Berkhatan Beramai-Ramai 2008

22 November 2008 (Sabtu) Seremban : - Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP) Paroi telah mengadakan Majlis Berkhatan Beramai-Ramai di sini semalam. Program ini telah disertai oleh kira-kira 20 orang peserta berkhatan yang berusia dari 3 tahun hingga 12 tahun. Program ini merupakan program tahunan bagi Persatuan ini dan sememangnya program ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ketika berucap di dalam Program ini, Pengerusi JPP/KRT PRSP Paroi, En Syamsul Amri bin Hj Ismail berkata, meskipun Persatuan ini baru berusia 3 tahun iaitu awal penubuhannya pada Bulan September 2005, namun Persatuan ini telah berjaya melaksanakan program ini buat kali yang keempat. Program berkhatan beramai-ramai ini telah mula dilaksanakan pada Disember 2005. “Program Berkhatan beramai-ramai ini sememangnya dinanti oleh sekelian penduduk di PRSP Paroi, kerana ia merupakan program kemuncak pada setiap tahun. Ini ada program terbesar terakhir Persatuan ini sebelum tahun 2008 melabuhkan tirainya” ujar Syamsul ketika berucap di Majlis ini semalam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Seremban, Dato Hj Abd Halim bin Hj Abd Latif. Dato YDP mengucapkan tahniah kepada sekalian Jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan aktiviti seperti ini. Beliau berjanji bahawa MPS akan sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama bagi memastikan agar Persatuan ini akan terus aktif berpersatuan.Persatuan ini turut akan dijadikan sebagai 'anak angkat' kepada MPS bagi memastikan Persatuan ini akan terus bergerak aktif sambil dibantu oleh MPS di dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan. “Majlis (MPS) akan memberikan sokongan, dan pihak kami (MPS) akan mengkaji carabagaimana bantuan boleh diberikan termasuklah dalam bentuk dana, cuma jumlahnya belum dapat diumumkan lagi”. Kenyataan ini telah mendapat tepukan gemuruh daripada sekelian hadirin yang menghadiri Majlis ini.

Dato YDP turut memuji seluruh jawatankuasa persatuan yang sememangnya aktif beraktiviti, dan segala laporan yang telah dibentangkan Persatuan menunjukkan betapa Persatuan ini benar-benar komited menyumbangkan bakti kepada masyarakat menerusi program-program yang telah dirancangkan. Atas dasar itu. Oleh yang demikian Dato YDP menyatakan bahawa MPS akan sentiasa membantu Persatuan bagi memastikan agar Persatuan ini akan terus bergerak maju ke hadapan, ujarnya lagi.

Majlis ini telah bermula sedari jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi. Pada Majlis ini juga Dato YDP telah sudi merasmikan pembukaan rumah Persatuan yang menjadi nadi penggerak di mana di situlah tempat sekelian jawatankuasa berhimpun dan berbincang mengenai dasar, visi, misi dan aktiviti persatuan. Dato YDP juga telah menyempurnakan perasmian Program Khatan ini dengan membuat pancutan air kepada anak-anak yang bakal dikhatankan dengan bantuan beberapa anggota bomba.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Lokman bin Omar (Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPS) serta En Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS).

Anak-anak telah bersiap sedia berbaris menantikan ketibaan YBhg. Dato Yang DiPertua, MPS
Dato Yang DiPertua, MPS tiba pada jam 8.30 pagi sambil disambut oleh Jawatankuasa
Dato YDP bersama-sama dengan Pengerusi Penduduk bersedia sebelum berarak bersama dengan anak-anak yang bakal dikhatankan
Anak-anak berarak bersama dengan VVIP sambil turut diiringi oleh ibu bapa masing-masing
Anak-anak turut diiringi oleh Pasukan kompang dan bunga manggar
Dato YDP dan Pengerusi berarak sambil memerhatikan kawasan sekeliling
Pengerusi menerangkan sesuatu kepada Dato YDP sambil merujuk kepada Unit Bomba yang didatangkan khas daripada Jabatan Bomba Taman Satria, Senawang
Dato YDP dan Pengerusi bergambar bersama-sama peserta khatan sebelum memulakan program perasmian
Pasukan Kompang Pangsapuri Rakyat Seri Perdana yang memainkan kompang mengiringi perarakan
Dato YDP meneliti Laporan Aktiviti Persatuan sambil mendengar penerangan daripada En Syamsul
En Md Yusof (Timbalan Pengerusi) yang bertindak selaku Pengerusi Majlis
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad bin Pie (Imam Surau Taman Ampangan)
Saudara Syamsul (Pengerusi Persatuan Penduduk) menyampaikan ucapan alu-aluan
Dato YDP menyampaikan ucapan perasmian
Dato YDP turut menyampaikan cenderahati kepada 20 orang anak-anak yang bakal dikhatankan
Anak-anak yang bakal dikhatankan berpakaian Baju Melayu lengkap
Dato YDP turut menyampaikan cenderahati tanda penghargaan kepada anggota Bomba yang membantu kelancaran Majlis Perasmian Program Khatan
Dato YDP menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Ahmad bin Pie (Imam Surau Taman Ampangan)
Dato YDP menyampaikan cenderahati kepada Tuan Hj Lokman bin Omar (Pengarah Jab. Perancang Bandar, MPS) di atas kesudian hadir ke program ini
En Daud bin Ahmad (Pegawai Perancang Bandar, MPS) turut menerima cenderahati
Giliran Pengerusi Persatuan pula menyampaikan cenderahati kepada Dato Yang DiPertua
Dato Yang DiPertua menyempurnakan perasmian Rumah Persatuan dengan menggunting reben di Pintu Masuk Rumah Persatuan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) / Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana
Dato Yang DiPertua melawat ke dalam Rumah Persatuan sambil diiringi oleh Saudara Syamsul
Dato Yang DiPertua memperkatakan sesuatu kepada Tuan Haji Lokman mengenai Rumah Persatuan yang dilawati
Dato Yang DiPertua menyempurnakan Perasmian Program Khatan dengan Pancutan Air kepada anak-anak yang bakal dikhatankan
Dato Yang DiPertua memastikan agar tembakan air kena pada kesemua peserta
Anak-anak disembur air lebih kurang 10 minit lamanya oleh anggota bomba selepas itu
Anak-anak yang disembur air menggigil kesejukan
Dato YDP, Hj Lokman, Saudara Daud, Ustaz Ahmad dan Saudara Syamsul menikmati jamuan yang dihidangkan oleh Jawatankuasa
Orang ramai yang hadir berbaris mengambil makanan yang telah dihidangkan
Orang ramai menjamu selera di bawah khemah yang disediakan
Anak-anak dan ibu bapa yang menunggu giliran sebelum dikhatankan
Wajah lega si anak yang telah selesai dikhatankan
Beginilah rupa bilik 'operasi' khatan yang disediakan oleh Jawatankuasa di dalam Dewan PRSP Paroi


Dilaporkan Oleh : Setiausaha JPP / KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana