Wednesday, May 2, 2012

Lawatan KRT ke Sabah Penuh Dengan Pengalaman


Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Pada 27 hingga 30 April 2012 yang lalu, saya selaku Pengerusi KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi telah terlibat dengan satu Program Lawatan Integrasi yang dikendalikan oleh Penyelaras KRT Zon 4 Seremban iaitu En Syed Muzaffar yang juga merupakan Pengerusi KRT Taman Bandar Senawang.

Pelbagai pengalaman yang ditimba, pelbagai pemandangan dapat diteroka yang mana saya kira dapat membuka mata dan minda sesiapa jua yang pergi ke sana. Jutaan terima kasih saya buat En Muzaffar, begitu juga dengan En Nazri yang begitu setia menyusun atur setiap pergerakan agar setiap aktiviti yang ingin dijalankan dapat berlangsung dengan lancar dan teratur.

Terima kasih juga buat En Baharin, Pengarah IKLIN JPNIN, dan juga beberapa Pegawai Perpaduan Daerah (PPD) iaitu En Fadzli, En Zubir dan juga En Zul yang setia bersama kami di sepanjang program ini berlangsung. Saya juga berasa amat bertuah kerana dapat mengenali dengan lebih rapat lagi Pengerusi-Pengerusi KRT yang lain di dalam Zon 4 ini.

Kami memulakan perjalanan kami pada 27 April 2012 dengan berkumpul seawal jam 4.00 pagi di Restoran McDonald, Dataran Senawang kerana ingin mengejar penerbangan Air Asia jam 7.00 pagi di LCCT, Sepang. Alhamdulillah tiada kelewatan penerbangan membuat penerbangan sepertimana dijadualkan dan tiba di sana lebih kurang jam 10.00 pagi
Sebaik sahaja tiba kami  telah menaiki Bas Ekspress "Tongtalun" dan singgah sebentar di sebuah kedai makan untuk makan tengahari yang menyajikan kepada kami "Sup Payau". Selepas daripada itu, bermulalah pelbagai pengalaman yang menarik yang sempat kami tempuhi.

Ketika menaiki pesawat ke Tawau
Ketika kami tiba di Lapangan Terbang Tawau
Ketibaan Bas Ekspress Tongtalun
Bersarapan Pagi di Hotel Dragon Inn Floating Resort
Bergambar bersama En Fadzli (PPD Seremban)
Di dalam bot sebelum bergerak menuju ke Pulau Mabul

Bergambar bersama salah seorang pekerja agensi pelancongan yang bertanggungjawab membawa kami ke kawasan Kepulauan
Suasana di dalam bot "Sabar Menanti"
Suasana di Pulau Mabul
Ini pula gambar di Pulau Kapalai
Berposing bersama "Tapak Sulaiman" di Pulau Mabul
Sedang memilih kerongsang di Pasar Gantung, Tawau
Majlis Ramah Mesra bersama KRT Tawau
Memilih lada api di Pasar Tanjung, Tawau
Memilih ikan masin bersama En Zubir di Pasar Tanjung, Tawau
Bergambar bersama Shazliansah atau lebih dikenali dengan  nama Wun Sang
Di dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Kalau nak diceritakan mungkin tak cukup ruangan ini rasanya. Tetapi rasanya biarlah gambar-gambar yang telah sempat saya rakamkan menceritakan segala-galanya kepada anda semua. Insya Allah saya telah minta EDITOR saya supaya memuat turun kesemua gambar untuk tatapan anda semua menerusi folder-folder berikutnya.

Maka sekali lagi terima kasih buat semua yang terlibat, di atas peluang yang diberikan seperti ini. Sesungguhnya, Tawau dan Semporna adalah di antara tempat yang menarik pernah saya kunjungi. Mudah-mudahan kita dapat beraktiviti seperti ini lagi di lain masa.

Sekian dan Wassalam.


Syamsul Amri bin Hj Ismail
Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi

No comments: