Program telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga ke jam 12.00 tengahari. Program ini merupakan satu program yang baik kerana mampu membantu masyarakat khususnya wanita di dalam usaha mempertingkatkan kemahiran serta menambah pendapatan dan seterusnya membantu perkembangan ekonomi keluarga.
Kursus jahitan manik dan labuci ini mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan dikalangan para surirumahtangga di kawasan perumahan PRSP Paroi ini. Dalam program tersebut, para peserta telah diberikan tunjuk ajar asas tahap 1 tentang jahitan manik pada baju kurung oleh tenaga pengajar. Kursus yang diadakan secara PERCUMA itu telah memberi banyak manfaat kepada peserta terutamanya suri rumah untuk cuba mempraktikan latihan yang diberikan bagi mengurangkan beban kos dengan menghantar baju ke kedai jahitan. Menjahit manik ini boleh dijadikan hobi sambilan bagi mengisi masa lapang disamping dapat menambahkan pendapatan.
.
.
Menurut Pn Rahmah Rahmat, Pengerusi Jiran Wanita KRT PRSP Paroi, "Program ini benar-benar membawa manfaat kepada penduduk, namun perlu diteruskan lagi di masa-masa akan datang bagi memperluaskan lagi kemahiran ini kepada para penduduk di PRSP Paroi ini".
.
.
.
Disediakan oleh : EDITOR
No comments:
Post a Comment