26 April 2014, Seremban : Satu Program Pemeriksaan Kesihatan, Taklimat Tentang Penyalahgunaan Dadah dan Pertandingan Mewarna telah diadakan bertempat di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini merupakan satu program ajuran bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bersama-sama dengan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana.
Program ini telah berlangsung di Dewan PRSP Paroi mulai jam 8.30 pagi hingga ke jam 1.00 petang. Turut sama hadir ke program ini adalah Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi.
Berikutnya dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan disepanjang program tersebut dilangsungkan.
Disediakan oleh : EDITOR