Monday, November 19, 2012

Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012 Meriah !!

15 November 2012, Seremban : Satu Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012 telah diadakan bertempat di Perkarangan Blok D, Pangsapuri Rakyat Seri Perdana, Paroi. Program ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Rakyat Seri Perdana (PRSP), Paroi yang diketuai oleh Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi. Program ini kali ini telah pun memasuki tahun yang ketujuh penganjurannya.

Pada tahun ini seramai 6 orang anak-anak telah dikhatankan. Dengan dua daripadanya merupakan anak-anak kepada Pengerusi KRT sendiri.

Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012 ini telah dirasmikan oleh YBhg En Daud bin Ahmad, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Seremban. Turut sama hadir ke program ini ialah Tuan Hj Shamsudin bin Hj Awaludin, Imam Masjid At-Taqwa Paroi.

Berikut dikongsikan gambar-gambar yang telah sempat dirakamkan di sepanjang program ini berlangsung.

En Daud bin Ahmad dengan ditemani Pengerusi KRT dan Tn Hj Shamsudin bersedia sebelum perarakan menuju ke khemah utama bagi Majlis Perasmian
En Md Yusof Alias bertindak selaku Pengerusi Majlis
Tn. Hj Shamsudin Awaludin memimpin bacaan doa bagi memberkati majlis
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Pengerusi KRT PRSP Paroi menyampaikan ucapan alu-aluan
En Daud bin Ahmad, Pegawai Perancang Bandar & Desa MPS menyampaikan ucapan perasmian program
Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati kepada para peserta khatan 2012
Cenderahati buat wakil BOMBA Senawang
Cenderahati buat Tn Hj Shamsudin, Imam Masjid At-Taqwa
Cenderahati buat En Daud bin Ahmad selaku tetamu kehormat program
En Kamsani menguruskan pengundian giliran para peserta khatan
En Daud membuat semburan air sebagai upacara simbolik perasmian sambil ditemani Sdr Syamsul dan Tn Hj Shamsudin
Anggota Bomba menikmati jamuan minum pagi yang disediakan
Anak-anak yang disembur air BOMBA
Orang ramai yang turut sama memerhatikan kemeriahan acara...
Sdr Syamsul menemani En Daud ketika jamuan minum pagi
Anak yang bakal dikhatankan kelihatan ceria sekali...
Para petugas perubatan yang sedang bersiap sedia
Danish Amri (anak sulung Pengerusi KRT) bersedia untuk dikhatankan

Disediakan oleh : EDITOR

** Lagi gambar-gambar penuh program boleh disaksikan menerusi folder berikutnya.

Program Khatan 2012 : Ketibaan Tetamu dan Peserta Khatan 2012


Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012
15 November 2012
Perkarangan Blok D
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi

Ketibaan Tetamu dan Para Peserta


Kelihatan ceria anak-anak Pengerusi KRT (Danish dan Dhafir) ketika baru tiba
Keluarga Pengerusi KRT ketika tiba di lokasi Program Khatan 2012
Suasana ketika semua hadirin baru tiba di khemah utama
Tiga anak ni antara yang bakal dikhatankan
Anngota BOMBA dari Balai BOMBA Senawang yang juga telah tiba
Anak-anak diberi minum dahulu...

Disediakan oleh : EDITOR

Program Khatan 2012 : Perarakan ke Khemah Utama


Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012
15 November 2012
Perkarangan Blok D
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi

Perarakan Peserta Khatan ke Khemah Utama


Ketika bersiap sedia sebelum perarakan bermula
Kelihatan bersedia sebelum berarak menuju ke pentas utama
Barisan Ahli-ahli Kompang PRSP Paroi juga telah bersedia dengan kompangnya
Suasana di bawah khemah utama

Disediakan oleh : EDITOR

Program Khatan 2012 : Majlis Perasmian


Program Berkhatan Beramai-Ramai 2012
15 November 2012
Perkarangan Blok D
Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi

Majlis Perasmian


Suasana di bawah khemah utama
En Md Yusof Alias bertindak selaku Pengacara Majlis
Tn Hj Shamsudin Awaludin, Imam Masjid At Taqwa ketika memimpin bacaan doa
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail selaku Pengerusi KRT PRSP Paroi menyampaikan ucapan alu-aluan
En Daud bin Ahmad, Pegawai Perancang Bandar & Desa MPS menyampaikan ucapan perasmian program
Sdr Syamsul menyampaikan cenderahati kepada anak-anak yang bakal dikhatankan
Cenderahati buat Tn Hj Shamsudin kerana sudi membacakan doa
Cenderahati buat tetamu kehormat, En Daud bin Ahmad
En Kamsani ketika membuat cabutan giliran khatan

Disediakan oleh : EDITOR